Zarina Anjoulie Dicium Lelaki Dan Mengaku Jalin Hubungan Dengan Suami Orang | NescafeAis.Com


.

.

Zarina Anjoulie Dicium Lelaki Dan Mengaku Jalin Hubungan Dengan Suami Orang

April 28th, 2012 2 Comments .
.

zarina

Pelakon dan model, Zarina Anjoulie Lavocah sekali lagi dipalit kontroversi apabila aksinya dicium mesra jejaka heboh di laman blog dan portal hiburan.

Sebelum ini kisah pergaduhannya dengan bekas bintang Akademi Fantasia Musim 6 (AF6), Lutfyah Sheikh Omar atau Lufya mendapat liputan media.

Menurut Zarina Anjoulie yang melakar nama melalui watak utama dalam siri TV ‘Anak Pontianak’ yang mesra dengan nama Anjou itu, dia memang mempunyai ramai kenalan lelaki yang rapat namun foto yang tersebar itu bukan teman lelaki mahu pun bakal suaminya.

Sebaliknya, lelaki yang dilihat menciumnya dalam keadaan yang agak panas itu adalah abang tirinya.

“Saya bukanlah bodoh untuk menunjuk-nunjuk foto saya bermesra dengan teman lelaki. Sebolehnya saya merahsiakan dan menyembunyikan foto terbabit bagi menjaga imej sebagai artis dan saya masih boleh berfikir perkara baik atau buruk.

“Saya ada lapan adik-beradik tiri, lima lelaki dan tiga perempuan. Kami memang rapat antara satu sama lain. Gambar yang diambil pada tahun lalu itu bagi saya tidak ada masalah kerana ia hubungan sesama adik-beradik,” katanya yang dihubungi di sini, semalam.

Zarina berkata, dia semakin tertekan dan tidak faham mengapa segelintir pihak tegar melemparkan dakwaan tidak rasional sekali gus cuba menjatuhkan dirinya sebagai penggiat seni tanah air.

“Sebagai artis, berperwatakan baik sangat pun, orang tetap melemparkan dakwaan berunsur negatif. Kontroversi sinonim dengan individu bergelar artis.

“Saya juga pernah difitnah kononnya dibela individu bergelar VIP Mat Saleh hanya disebabkan mereka nampak saya bermesra di kedai mamak pada lewat malam.

“Padahal itu bapa saya dan kami selalu keluar minum di kedai mamak jam 12 malam,” kesalnya.

Dia berkata, dirinya tidak mahu ambil peduli dan malas melayan sesetengah laman blog yang mengaitkan dirinya dengan kontroversi bertujuan untuk mengaut keuntungan.

“Saya tidak mahu peminat mengenali saya dengan kontroversi kerana apa yang dilakukan hanya saya yang tahu.

“Kini, peminat sudah salah tafsir apabila saya terus dipalit kontroversi seperti ini. Semakin ligatlah sesetengah laman blog untuk terus melemparkan dakwaan negatif bagi mengaut keuntungan.

“Kenapa tidak dari dulu lagi gambar ini disiarkan padahal ia diambil tahun lalu,” katanya.

Mendapat jolokan ‘Party Girl’, Zarina Anjoulie dilaporkan bergaduh dengan beberapa rakan artis. Terbaru, seorang artis lelaki dari seberang menafikan ada hubungan istimewa dengannya namun Zarina Anjoulie tidak kisah dengan jawapan diberikan lelaki terbabit. Pelakon ini juga pernah merancang mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan sehingga dalam satu temu bual Zarina berterus-terang tidak mahu mengundang wartawan di majlis perkahwinannya.

Tidak berakhir dengan itu, Zarina mengaku menjalin hubungan dengan suami orang namun perkahwinan itu terpaksa ditunda atas alasan peribadi.

.
 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

2 Comments to “Zarina Anjoulie Dicium Lelaki Dan Mengaku Jalin Hubungan Dengan Suami Orang”

  1. kaki kasut says:

    ermmmmm kalo dah bersalah ader jer alasan. ko ni mmg artis x laku melainkan kontroversi. kalo x de ceta hangat n panas nama ko mmg dah terpadam atas peta artis di malaysia ni.. so nak x nak ko terpakse mengkontroversi kan diri sendiri. kalo sekali wat silap mungkin itu KESILAPAN. tp kali dah selalu ko ni mmg mgkin dah jd TAIK wat ko ekkk. jahanammmmmmmm

  2. [...] Anak Pontianak, Zarina Anjoulie bukan saja berhadapan dengan tuduhan memiliki dadah, malah dia berkemungkinan akan dipecat sebagai [...]

Leave your comment here:

image004Bina Blog Bisnes Untuk Kembangkan Bisnes Anda di Internet! Murah & Cepat. Sila Klik Sini!
image004Dapatkan Produk Intimasi Suami Isteri Untuk Kebahagian Rumahtangga Anda! Sila Klik Sini!