Youtube:Tonton Online Filem Raya Tak Jadi | NescafeAis.Com


.

Youtube:Tonton Online Filem Raya Tak Jadi

October 20th, 2011 2 Comments .
.

RAYA TAK JADI

tonton secara online filem raya tak jadi lakonan saiful apek dan johan raja lawak

Sinopsis:
Filem ini bermula dengan seorang ahli perniagaan iaitu Leo yang bakal mengalami kerugian yang banyak kerana kontena yang berisi kurma-kurma yang ingin dijualnya sebelum raya tidak sampai. Oleh itu, dia telah merancang untuk menunda hari raya dengan menculik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Hj.Ehsan. Leo telah mengarahkan dua pekerjanya, Ali dan Abu untuk melakukan penculikan tersebut. Mereka berdua telah Berjaya menculik Hj.Ehsan namun masalah timbul apabila Ali dan Abu telah tertukar teksi yang ada Hj Ehsan dengan Shuib iaitu seorang pemandu teksi.

Shuib mempunyai seorang adik yang pekak iaitu Bob. Kekecohan berlaku apabila Shuib dan Bob menemui Hj Ehsan yang disangkai telah mati di dalam boot teksi.Mereka berdua telah melakukan pelbagai cara untuk meninggalkan mayat tersebut namun gagal dan membuat keputusan untuk mengebumikan mayat itu. Tiba-tiba mayat yang disangkai telah mati itu hidup semula dan ini telah memeranjatkan semua orang. Hj. Ehsan kemudiannya menerangkan mengenai penculikannya. Sementara itu, Leo telah mengarahkan Ali dan Abu untuk mendapatkan semula Hj Ehsan dan mereka telah menculik Ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob sebagai tebusan.

klik pautan di bawah untuk menonton. filem Raya tak jadi..korang juga boleh download guna Internet Download Manager

KLIK UNTUK MENONTON SECARA ONLINE

kredit :informasi.my

 

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

2 Comments to “Youtube:Tonton Online Filem Raya Tak Jadi”

  1. titan says:

    wahh, sekarang semua boleh tonton kay youube ye..

  2. nescafeais says:

    hehehe,,,guna teknologi seadanya…

Leave your comment here: