Video Terbaru Namawee Hina Polis | NescafeAis.Com


.

Video Terbaru Namawee Hina Polis

January 11th, 2012 1 Comment .
.

namawee hina polis
Namewee memang terkenal dengan video kontroversinya. Satu demi satu video yang dihasilkannya mengundang kontroversi. Video yang dipertontonkan agak melampau dan keterlaluan tetapi apa yang peliknya Namewee masih lagi  “kebal” di mata pihak berkuasa!!

Mari kita tonton video terbaru yang dihasilkan Namawee ni:-

Dan dalam video klip terbarunya yang dimuat naik ke Youtube semalam bertajuk Supermarket yang memuatkan lagu sempena Tahun Baru Cina, nyata ia membawa mesej sindiran yang agak melampau terutama kepada pihak polis.

Dalam klip berkenaan, daripada empat watak yang ada, salah seorang memakai baju uniform yang seakan-akan uniform polis dengan lidah yang terjelir sepanjang klip selama 2 minit 15 saat itu berlangsung.

Lidah yang terjelir itu sangat jelas memperlihatkan lelaki itu umpama seekor anjing.Dan penyanyi pula cuba memberikan ang pau yang dipertontonkan pada awalnya diisi dengan wang kertas.

Lelaki polis yang menyerupai anjing, wang…apa mesejnya?Rasuah di kalangan polis? Perlu ke disampaikan dengan mesej yang begitu menghina?

Dan yang lain pula video tersebut seolah-olah menggambarkan (aku tak paham bahasa Cina kalau ada yang paham share lah..):-

1. baju coklat (seakan-akan fesyen polis lama ketika zaman awal merdeka atau………
2. polis trafik?
3. pemain bola sepak
4. Ketika permulaan, seakan-akan jual mahal untuk “menerima suapan -RASUAH”?
5. Akhir sekali, ketika off record (dia tutup video dengan tangan) masing-masing “berebut mengambilnya”

Aku yakin setakat video Namewee yang terbaru ini, tiada siapa yang berani ambil tindakan. Sedangkan lagu Negaraku boleh dibuat main pun, tiada siapa berani tampil ambil tindakan yang sewajarnya. Bila kecoh pasal dia..penuh surat khabar bercerita pasal dia,.tapi apa yang BAPAK-BAPAK menteri buat kat dia?..NOTHING !!!..yang best tu, siap keluar FILEM lagi..dan ARTIS-ARTIS MALAYSIA yang LAPAR duit…sibuk nak berlakon filem dia…LOL..

Perkara yang benar memang pahit untuk ditelan. Walaupun tak semua polis begitu, tapi segelintir polis yang mencemar imej polis ibarat setitik nila rosak susu sebelanga.Bila bca komen dekat youtube tu…memang Racist giler, penyokong dia pun dah semakin ramai..INI KOT YANG KERAJAAN NAK?…

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

One Comment to “Video Terbaru Namawee Hina Polis”

  1. Waniee Syah says:

    Kat belakang dia org kuat2 x boleh usik punya, kalau ikutkan baik buang negeri aje dia ni, setuju x

Leave your comment here: