Video Perlawanan Badminton Beregu Wanita Yu Yang/Xiaoli Menyebabkan Mereka Disingkir | NescafeAis.Com

.
per0dua yahoo 1bulan 12/5/2013-12-06-2013
.
paksu yahoo 2 bulan 11/3/2013-11-05-2013
.
halimislam 1 bulan 7/7/2012-7-11-2012

Video Perlawanan Badminton Beregu Wanita Yu Yang/Xiaoli Menyebabkan Mereka Disingkir

August 2nd, 2012 0 Comments
.

amm

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) telah membuat keputusan menyingkirkan lapan pemain wanita daripada beraksi pada Sukan Olimpik 2012.

Empat pasangan beregu itu masing-masing satu dari China dan Indonesia serta dua dari Korea Selatan telah dibatalkan penyertaan mereka serta-merta setelah didakwa terlibat dengan skandal mengatur perlawanan.

Antara aksi yang mendapat cemuhan peminat di Arena Wembley kelmarin ialah perlawanan antara beregu No. 1 dunia dari China, Yu Yang/Wang Xiaoli dan gandingan bukan pilihan dari Korea Selatan, Jung Kyung-eun/Kim Ha-na.

Yu Yang/Xiaoli dilihat sengaja ‘menghadiahkan’ kemenangan kepada lawan mereka dari Korea Selatan itu sehingga menyebabkan mereka terus disiasat oleh BWF sejurus selepas tamat perlawanan.

Dengan kekalahan itu, Yu Yang/ Xiaoli dapat mengelak daripada menentang rakan senegara mereka, Tian Qing dan Zhao Yunlei pada peringkat suku akhir.

Selain kedua-dua beregu tersebut, dua lagi beregu yang turut menerima hukuman yang sama ialah gandingan Ha Jung-eun/Kim Min-jung dari Korea Selatan dan Meiliana Jauhari/Greysia Polii (Indonesia).

“Kami sudah layak, jadi mengapa perlu membazirkan tenaga? Ia tidak perlu untuk bekerja keras lagi kerana sudah layak ke pusingan kalah mati,” kata Yu Yang.

Berikut  adalah video perlawanan Badminton Beregu Wanita antara Yu Yang/Xiaoli dan  Jung Kyung-eun/Kim Ha-na yang menyebabkan mereka disingkirkan dari Sukan Olimpik semalam. Saksikan dari minit  ke 10.00.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 9.5/10 (2 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Video Perlawanan Badminton Beregu Wanita Yu Yang/Xiaoli Menyebabkan Mereka Disingkir, 9.5 out of 10 based on 2 ratings
.
 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Video Perlawanan Badminton Beregu Wanita Yu Yang/Xiaoli Menyebabkan Mereka Disingkir”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here:

hanif 19/12/2012-19-06-2013 yahoo.. 6 bulan
. hanif proton 3 bulan 9/5/2013-9-10-2013
.

RESPON TERKINI PEMBACA

ARKIB BLOG