Video Kompleks Berahi: Si Gebu Goda ‘bawah perut’ Diskaun Urut | NescafeAis.Com


.

Video Kompleks Berahi: Si Gebu Goda ‘bawah perut’ Diskaun Urut

January 15th, 2012 0 Comments .
.

berahi

Video Komleks Berahi di bawah:-

Mengejutkan apabila sebuah pusat beli-belah berhampiran Kompleks Sukan Bukit Jalil, di sini, mempunyai lebih 20 premis refleksologi yang dipercayai bukan sekadar menawarkan khidmat urut menghilangkan lenguh badan, malah hingga ke ranjang.

Saingan sesama sendiri menyebabkan 150 wanita tukang urut yang kebanyakannya masih muda, gebu, seksi dan peramah, kelihatan berebut-rebut memancing pelanggan, terutama lelaki yang mengunjungi kompleks itu, sekali gus menjadikan kawasan berkenaan tidak ubah seperti kawasan ‘lampu merah’ Patpong di Bangkok, Thailand.

Siasatan wartawan Metro Ahad mendapati, wanita berpakaian seksi terbabit, majoritinya dari China dan beberapa warga Vietnam dan tempatan, pasti mendekati lelaki yang melalui premis di tingkat bawah, satu dan dua kompleks itu untuk menawarkan khidmat urut dengan caj serendah RM35 sejam.

Sebaik lelaki terbabit menunjukkan minat untuk berurut, kumpulan wanita seksi itu mula menggoda supaya turut mendapatkan khidmat seks, sama ada di katil urut atau dibawa ke tempat lain, dengan bayaran dipersetujui kedua-dua pihak.

Siasatan mendapati setiap pusat urut mempunyai antara lima hingga 10 pekerja wanita sambil diawasi beberapa lelaki yang memerhatikan gerak-geri bakal pelanggan, selain memastikan kawasan itu selamat daripada serbuan pihak berkuasa.

Kumpulan wanita itu biasanya menggoda dan memperkenalkan perkhidmatan lain yang disediakan pada harga antara RM35 hingga RM50 dan meminta dulu wang pelanggan sejurus dibawa ke lot kedai menempatkan lima hingga 10 katil bujang yang dipisahkan melalui tirai.

Sumber:-MyMetro

nescafeais

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Video Kompleks Berahi: Si Gebu Goda ‘bawah perut’ Diskaun Urut”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here: