Video Youtube Hina Lin Dan Oleh Namawee, Chong Wei Terpaksa Mohon Maaf | NescafeAis.Com


.

.

Video Youtube Hina Lin Dan Oleh Namawee, Chong Wei Terpaksa Mohon Maaf

August 12th, 2012 0 Comments .
.

Video Youtube Hina Lin Dan Oleh Namawee, Chong Wei Terpaksa Mohon Maaf

Namawee buat hal lagi, kali ni dengan video youtube menghina Lin Dan. Akibat dari video ni Datuk Lee Chong Wei terpaksa memohon maaf kepada rakyat China berhubung klip video penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee yang menghina bintang badminton China, Lin Dan.

“Saya memohon maaf atas video tersebut, saya juga tidak tahu apa-apa tentang lagu itu, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua, diharap peminat (badminton) China boleh memaafkannya,” kata Chong Wei dalam laman web peribadinya di “microblogging” weibo, laman web di China yang bersamaan dengan Twitter.

Baru-baru ini, Namewee memuat naik klip video ciptaannya di laman web yang mengandungi maki-makian dalam bahasa Hokkien terhadap Lin Dan selepas Chong Wei kalah 21-15, 10-21, 19-21 kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik London, di Arena Wembley.

Klip itu kemudiannya, tersebar ke seluruh forum utama dan telah menimbulkan kemarahan di kalangan peminat badminton di China. Media dalam talian China, Souhu melaporkan bahawa Namewee mempertahankan dirinya dengan berkata, dia hanya meluahkan perasaannya seperti seorang peminat biasa.

“Biasanya, peminat akan hanya marah di rumah, tetapi saya buat dalam bentuk video untuk menunjukkannya,” dakwa beliau

Tonton Video Youtube hina Lin Dan oleh Namawee yang menyebabkan Chiong Wei terpaksa memohon maaf kepada seluruh rakyat negara China dalam bahasa Hokkien..aku sepatah haram tak paham..hehehe.

Mungkin dia nak memenangi semula hati rakyat Malaysia dengan mengutuk Lin Dan yang tewaskan Chong Wei baru2 ni…tapi tersilap cara la..dia buat macam ni seolah2 Chong Wei ni takleh terima kekalahan plak..adoi, macam-macam hal la budak Namawee ni memalukan rakyat Malaysia je.

.
 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Video Youtube Hina Lin Dan Oleh Namawee, Chong Wei Terpaksa Mohon Maaf”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here:

image004Bina Blog Bisnes Untuk Kembangkan Bisnes Anda di Internet! Murah & Cepat. Sila Klik Sini!
image004Dapatkan Produk Intimasi Suami Isteri Untuk Kebahagian Rumahtangga Anda! Sila Klik Sini!