PDRM Terima Link Video Kanak-kanak Dipukul Dan Didera
Salam 1 Malaysia,
Pihak PDRM telah banyak menerima video yang sama namun pelakunya tidak dapat dipastikan selagi pihak keluarga atau sesiapa yang mempunyai maklumat membuat laporan polis. Video ini juga telah disalurkan ke jabatan yang berkenaan
Terima kasih di atas keprihatinan.
Itu adalah mesej yang dihantar admin page Polis Diraja Malaysia di Facebook berhubung pendedahan sebuah Video Kanak-kanak Dipukul Dan Didera yang telah disiarkan dalam entry sebelum ini.
Inilah contoh kecekapan yang harus dipuji. Penamat yang lebih baik adalah jika polis benar-benar dapat membawa si pelaku dan tukang rakam ke muka pengadilan.
Diharap ada pihak keluarga atau sesiapa yang tahu mengenai kejadian penderaan kanak-kanak ini tampil membuat laporan mungkin ia agak sukar.
Laman facebook polis diraja malaysia merupakan Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia. Sebarang maklumat jenayah hendaklah disalurkan kepada balai polis terdekat atau di talian 03-22663333/3444. Emel : mcc@rmp.gov.my
tolong sebarkan (RUJUK ENTRY INI:-Video Kanak-kanak Dipukul Dan Didera) supaya si pelaku dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin..jangan sampai ada nyawa yang tidak berdosa melayang lagi – SEBARKAN.
TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:





No Comment to “PDRM Terima Link Video Kanak-kanak Dipukul Dan Didera”