Video Debat SPR VS Ambiga | NescafeAis.Com


.

.

Video Debat SPR VS Ambiga

July 26th, 2011 0 Comments .
.

debat ambiga vs spr

Video debat antara pengerusi SPR dan Ambiga ada di bawah-

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini berdepan dengan hadirin yang mencemuhnya dalam debat dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

Beliau juga ‘dibu’ beberapa kali sehingga terpaksa merayu kepada hadirin supaya memberinya peluang membuat penjelasan dalam debat yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, sebuah pertubuhan media yang menerbitkan Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain.

Wan Ahmad bertegas menjelaskan bahawa SPR tidak mempunyai kuasa menguatkuasa dan menolak tanggungjawab meminda undang-undang pilihan raya kepada Pejabat Peguam Negara.

“Jangan anggap SPR sebagai musuh,” rayunya.

Dalam tindakbalasnya, Ambiga membidas SPR kerana tidak mengambil langkah pro-aktif meminda undang-undang yang lapuk.

“Awak yang menganggap orang ramai sebagai musuh. Jika SPR bertindak terhadap cadangan pembaharuan, kami akan sokong anda. Kami akan berjuang bersaam anda,” katanya sambil diberikan tepukan gemuruh oleh hadirin.

Panel itu turut dianggotai oleh profesor dari UKM, Datuk Shamsul Amri Baharuddin. Sesi debat ditamatkan lebih awal. Katanya arahan “pihak atasan”. … . Diarapkan debat macam ni  diperbanyakkan lagi menjelang PRU 13 nanti

Kepada yang tak dapat tengok diorang berdebat..layan klik video di bawah…ada banyak part..SPR VS Ambiga…

VIDEO DEBAT YANG LAIN KLIK SINI

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Video Debat SPR VS Ambiga”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here: