Ustaz Haron Din Jalani Pembedahan Jantung Di AS – Stabil | NescafeAis.Com


.

.

Ustaz Haron Din Jalani Pembedahan Jantung Di AS – Stabil

April 7th, 2012 0 Comments .
.

ustaz haron din

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din semakin pulih selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Stanford, San Francisco empat hari lalu.

Dr Haron Din menjalani pembedahan pada 2 April lalu. Pembedahan yang mengambil masa selama 10 jam itu diketuai oleh Dr Robert C Robinson. Beliau telah sedar, bagaimanapun beliau perlu diberi ubat sedatif yang kuat berikutan kehilangan banyak darah

Sementara itu, anaknya Hana Haron berkata, mereka diberikan peluang melawat ayahnya yang menunjukkan reaksi positif.

“Kami dibenarkan masuk berperingkat dua orang pada satu-satu masa.

“Babah boleh mengeluarkan suara, bagaimanapun masih tidak boleh melakukan banyak pergerakan, tetapi sempat bertanya sudah berapa lama beliau tidak sedarkan diri,” katanya dalam entri blognya.

Ustaz Harin Din yang juga pengasas Darussyifa’ semakin stabil tetapi masih perlu masih dirawat di unit rawatan rapi. Ustaz Haron telah berangkat ke San Francisco pada 18 Mac lalu dan dijangka berada di sana selama sebulan kerana perlu menjalani beberapa sesi rawatan selepas pembedahan.

p/s:-Semoga Ustaz Haron Din kembali sihat seperti biasa.

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Ustaz Haron Din Jalani Pembedahan Jantung Di AS – Stabil”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here: