Ustaz Badrul Amin Ditangkap Khalwat ? | NescafeAis.Com


.

.

Ustaz Badrul Amin Ditangkap Khalwat ?

February 26th, 2012 2 Comments .
.

USTAZ BADRUL AMIN DITANGKAP KHALWAT| KUANTAN – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangkap atas dakwaan berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang berusia 28 tahun di sebuah hotel di Balok di sini awal pagi semalam.

Pemimpin PKR itu, Dr. Badrul amin Bahron (gambar kecil), 51, yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR ditangkap bersama wanita itu oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kira-kira pukul 3 pagi di bilik hotel berkenaan.

gambar Ustaz Badrul Amin Ditangkap Khalwat di swiss garden

Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Ujarnya, ahli politik itu dibebaskan dengan ikat jamin selepas kira-kira sembilan jam ditahan dan akan dipanggil semula untuk memberi keterangan.

Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Penangkapan Dr. Badrulamin dalam kes khalwat telah disiarkan oleh beberapa blog antaranya Papagomo dan Pisau.net sejak petang semalam.

Menurut blog itu, wanita yang ditangkap khalwat bersama pemimpin PKR dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu merupakan seorang kakitangan sebuah kolej komuniti di negeri ini.

Ustaz Badrol Amin juga telah menafikan dengan smsnya berbunyi:

“Kes isteri orang lari dari suami dtg ke hotel di Kuantan tmpt retreat. Suami dtg dgn gangster tuduh ana bawak lari n sorok. Kes setel ‘family problem’. Mak pompuan datang. Mmg dorang nak cerai. Isteri dh selalu nak lari. Ana nasihat pulang semula”

About Me

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

2 Comments to “Ustaz Badrul Amin Ditangkap Khalwat ?”

  1. aku insan kerdil says:

    andai berita ni palsu & ada agenda tertentu, mmg mnyedihkan..kenapa prlu mmberi aib kpd orglain..
    “Wahai Rasulullah, apa sebenarnya Ghibah itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Iaitu berkata sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka”, ditanya lagi “Bagaimana kalau ianya benar?” Rasulullah s.a.w. menjawab “Sekiranya apa yang kau katakan itu benar engkau telah melakukan ghibah dan sekiranya tidak engkau telah melakukan fitnah”..wallahhua’lam..

    Read more:/blog/2011/03/soal-jawab-hadis-larangan-membuka-aib/#axzz1nXOTuzyi

Leave your comment here: