Tok Guru Nik Aziz Tak Nazak Cuma Gastrik | NescafeAis.Com


.

.

Tok Guru Nik Aziz Tak Nazak Cuma Gastrik

December 23rd, 2011 0 Comments .
.

gambar

Ni Gambar Lama Yea Bro2 Sekalian..

Tok Guru Nik Aziz Dalam Keadaan Nazak?

Berita tentang Nik Aziz Nik Mat tengah nazak hangat dalam beberapa blog politik pembangkang mahupun kerajaan. Namun itu semua khabar angin yang tidak berasas. Gambar yang diguna pun gambar lama.

Dan dari sumber yang dipercayai, berita tersebut menafikan yang Tuan Guru Nik Aziz sedang nazak sekarang ni. Berikut adalah keratan berita dari Mstar online bertarikh 22 Disember 2011 bertajuk ‘Naib Presiden Pas Nafi Nik Aziz Nazak’.


Naib Presiden Pas Nafi Nik Aziz Nazak

PETALING JAYA: Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob pada Khamis, menafikan desas-desus yang mendakwa Mursyidul Am parti tersebut, Datuk Nik Aziz Nik Mat sedang nazak,

“Tuan Guru tidak nazak dan apa yang saya tahu beliau sihat dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan,” katanya semasa dihubungi mStar Online.

Isu berhubung tahap kesihatan Nik Aziz pernah dibangkitkan sebelum ini menerusi khabar angin yang mendakwa beliau sedang menderita kanser dan telah menamakan pengantinya.

Dakwaan tersebut dikatakan disiarkan oleh sebuah laman blog, bagaimanapun Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nik Mohd Omar Nik Abdullah menafikan dakwaan tersebut pada 8 Disember lalu.

Sebaliknya, beliau menambah Nik Aziz hanya mengalami masalah gastrik dan isu penganti tidak pernah dibangkitkan.

Berita Tok Guru Nik Aziz Dalam Keadaan Nazak dari laman blo pro pembangkang sendiri…rujuk sini dan sini..Nasihat aku…Kalau nak percaya dan sebarkan sesuatu berita tu, pastikan dari sumber yang sahih. Takut-takut makan diri lak bila berita tu tak benar..

Berita Bertarikh: 22/12/2011

Berita yang menggemparkan buat pencinta dan pengikut arena politik tanah air apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, ICU Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, pagi tadi akibat diserang sakit jantung.

Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob, Datuk Nik Aziz dikejarkan dengan ambulans ke hospital jam 6.30 pagi.

Antara yang melawat Datuk Nik Aziz petang tadi, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid .

Turut menziarahi, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

Walau apa pun, tidak kira penyokong atau pengikut parti politik kerajaan mahupun pembangkang sama-samalah kita sedekahkan doa agarkan beliau sembuh seperti sediakala.

 

Kredit:-Fitrihadi

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Tok Guru Nik Aziz Tak Nazak Cuma Gastrik”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here: