(TMJ) Tengku Mahkota Johor Tutup Akaun Twitter Dan Media Sosial | NescafeAis.Com


.

(TMJ) Tengku Mahkota Johor Tutup Akaun Twitter Dan Media Sosial

August 6th, 2012 0 Comments .
.

(TMJ) Tengku Mahkota Johor Tutup Akaun Twitter Dan Media Sosial

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim, pewaris takhta yang aktif berinteraksi dengan rakyat menggunakan dunia siber, bertitah memaklumkan bahawa baginda memutuskan untuk menutup akaun twitter dan kesemua media sosialnya mulai hari ini.

Dalam satu mesej yang dipos kira-kira 4.30 petang tadi,Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail berkata, baginda mahu mulai sekarang memfokus kepada kehidupan dan perkara-perkara yang baginda lakukan “secara peribadi.”

Tunku Ismail bertitah bahawa baginda percaya bahawa “tindakan-tindakan saya, kecintaan dan dedikasi terhadap Johor lebih bermakna berbanding perkataan (tulisan dan mesej); daripada tugasan, tanggungjawab saya dan apa yang saya lakukan bagi Johor dan rakyat Johor.”

“Saya mengucapkan anda semoga berjaya dalam hidup anda. Semoga Tuhan memberkati anda semua,” kata baginda yang menggunakan akaun teitterTMJ @HRHJohor2 sejak 13 November lalu.

Menerusi akaun twitter, baginda mendengar pandangan rakyat selain memberi komen ke atas isu-isu semasa termasuk membalas pandangan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin berhubung isu WWW 1 yang dibida oleh Sultan Johor.

Berikut ialah mesej penuh Tengku Mahkota Johor – Tunku Ismail:

“I would like to take this opportunity to tell You all that I will be closing my twitter account and all social media. Its has been a Pleasure sharing my thoughts, Ideas, Principles and activities with You All. I would like to focus on my Life and the things I do, Privately from now on. I Strongly believe that my Actions, Love, and Dedication towards Johor will speak louder than words; from my Duties, Responsibilities and what I do for Johor and its People. Thank You once again for all the Support. I Wish You All the Best and Success in Life. May GOD Bless You All.”

Keputusan Tunku Ismail menerima reaksi bercampur-campur daripada pengikut baginda sebaik sahaja entri itu diposkan. Setakat jam 5.30 petang tadi baginda mempunyai 54,622 pengikut dan telah pun mengeluarkan 6,763 mesej.

Berikut reaksi beberapa pengikut baginda:

CikSitiZueBee: “@HRHJohor2 All The Best in whatever u do for ur rakyat in Johor.. even I’m not johorian..just wanna say that u r the coolest crownprince :-).”

Imam Abuja: “@HRHJohor2 all the best tuanku!”

Shakila Ezam: “@HRHJohor2 wish you all the best Tuanku! Goodluck! Allah bless you always… Aminnnn. I’m gonna miss you.”

Honeyazlan: “@HRHJohor2 My pleasure Tunku…is there any other way to stay in touch wt You, ur highness?”

Noor Azam Shairi: “Better late than never.”

Syahidah Adibah: “@HRHJohor2 gonna miss your quotes. May Allah always be with u! Take care.”

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “(TMJ) Tengku Mahkota Johor Tutup Akaun Twitter Dan Media Sosial”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here: