Tips Raya – Komponen Kenderaan Perlu Diperiksa Sebelum Pulang Beraya | NescafeAis.Com


.

.

Tips Raya – Komponen Kenderaan Perlu Diperiksa Sebelum Pulang Beraya

August 25th, 2011 3 Comments .
.

balik kampung

Tak lama lagi jalan-jalan akan dipenuhi dengan kenderaan dengan satu tujuan,Balik kampung…semua orang mesti rase tak sabar nak berjumpa kaum keluarga kat kampung untuk bersama menyambut hari raya…kepada yang memandu,korang dah servis kereta korang??

Selalunya sebelum memulakan perjalanan yang jauh, kita hanya memberi tumpuan dan servis perkara yang asas sahaja seperti – tukar minyak enjin, filter, spark plug, contact point, pad brek walaupun kadang-kadang komponen ini masih lagi ok. Tapi,sebenarnya masih ada komponen dan alat lain yang perlu di periksa dan diganti sebelum memulakan perjalanan jauh.

Keluarkanlah sedikit duit simpanan atau duit bonus korang untuk memeriksa dan menukar komponen berikut bagi memastikan perjalanan korang selamat,jangan kedekut keluarkan duit untuk nyawa korang,nyawa keluarga korang .

Jadi,sila Periksa dan pastikan komponen berikut juga dalam keadaan baik bagi memastikan korang selamat sampai dan kereta tak buat hal ditengah jalan dan bagi mengelakkan nama korang tersenarai dalam statistik kemalangan tahun ni!!! :-

1. Clutch – clutch plate, pressure plate dan bearing

Pastikan ia dalam keadaan baik. Jika kurang pasti tukar set komponen ini jika ia telah di gunakan melebihi 2 tahun. Clutch kereta selalunya tahan melebihi 3 tahun dalam penggunaan tidak lasak. Tanda awal kerosakan adalah pedal terasa keras bila di tekan dan gear susah hendak masuk (kemunkinan ini juga ada kaitan dengan tolerance clutch arm dan plunger atau kerosakan pada clutch cylinder atau master pump rubber seal).

Enjin mengaum dan berat bila mendaki bukit kadangkala bau hangit – menandakan clutch sudah terbakar. Jika tukar komponen clutch ada baiknya tukar sekali crankshaft oil seal. Selalunya oil seal ini mudah bocor dan minyak enjin akan kena pada clutch plate menyebabkan clutch slip.

2. Master pump brake dan clutch, clutch cylinder, wheel cylinder (brake drum)dan brake caliper (disc brake)

pastikan rubber seal tidak bocor dan unit dalam keadaan baik.

3. Brake hose dan clutch cylinder hose tidak retak dan bocor. Brake hose yang kurang di periksa adalah yang terletak pada brake belakang  diatas radius arm.

Jangan lupa periksa brake pipe juga, walaupun ia diperbuat daripada logam tidak semestinya ia tahan selama-lamanya. Brake fluid perlu di ganti setiap 2 tahun sekali. Check brake lining dan brake pad sekali.

4. Contact point dan condenser

di ganti mengikut jangka servis, rotor arm, dan distributor cover perlu di ganti jika ia telah lama. Begitu juga dengan ignition coil. Komponen ini akan rosak tanpa apa-apa amaran terlebih dahulu. Ganti ignition cable jika retak atau pecah. Jika kereta anda menggunakan electronic ignition perlu bawa spare bersama coil sekali.

Ada baiknya tutup distributor dengan sarong getah atau sebagainya bagi mengelak daripada terkena hujan yang mengakibatkan enjin meragam dan mati.

5. Radiator hose dan fan belt

Kalau di dapati retak atau kurang pasti keadaanya – eloklah tukar sahaja. Yang lama simpan dan bawa sebagai spare. Jangan lupa water pump. Kebocoran ketara bila terdapat kesan air. Bunyi bising pada water pump bearing menandakan sudah sampai masa untuk di tukar.

Radiator hendaklah berkeadaan baik dan tidak bocor begitu juga dengan radiator cap. Adakalanya air keluar mengikut cap dimana pressure springnya telah rosak.

6. Carburetor

selalunya memberi tanda-tanda awal sebelum meragam. Jika angin dan minyak tidak boleh di selaraskan dengan berkesan mengikut nisbah, kemukinan throttle spindle telah terhakis yang mengakibatkan angin melepasi ke ruangan dalam carburetor.

Kesannya adalah enjin tidak memberi respon yang baik. Keadaan rpm turun naik. Keluar asap hitam yang boleh mengakibatkan plug selalu mati. Back fire mudah berlaku. Selalunya enjin masih mampu bergerak, tetapi untuk perjalanan jauh, adalah wajar ditukar.

7. Petrol hose dan fuel pump

perlu diperiksa. Fuel filter (jika ada) hendaklah ditukar bila di dapati kotor. Ada baiknya bawa spare electric pump bersama sedikit wayar dan petrol hose. Ini kerana untuk menukar mechanical fuel pump pada mini amat sukar sedikit kerana ianya terletak di belakang enjin dan sedikit terhalang oleh manifold.

8. Timing bell

bila dengar bunyi yang bising pada komponen tersebut perlulah di tukar segera dengan timing gear sekali. Selalunya ia tidak mudah putus tetapi jangan ambil risiko.

9. Alternator

selalunya kita kurang mengambil perhatian terhadap komponen ini selain periksa tension belt sahaja. Kita tidak pasti sama ada alternator kita memberi charge yang mencukupi atau tidak.

Pemasangan volt meter adalah satu cara yang paling wajar untuk memastikan alternator berfungsi dengan baik dan memberi charge yang mencukupi. Charge yang normal tanpa di pasang lampu , wiper dan sebagainya adalah sekitar 13.5 – 14.5 volt. Voltage yang kurang dari 12 volt atau melebihi 15 volt menandakan bahawa alternator rosak dan perlu di perbaiki.

Adakalanya charge warning lamp tidak menyala bagi menunjukkan alternator tidak berfungsi. Jika ia menyala sekalipun kita masih ada beberapa kilometer sebelum bateri kehabisan charge. Adalah lebih murah jika membeli sabuah unit second hand yang baik.

10. Starter motor

jangan risau jika rosak semasa berkonvoi , enjin kereta boleh di hidupkan secara menolak. Kenalah mintak tolong pada member-member dengan janji nak belanja minum selepas itu. Selalunya stater tidak berfungsi adalah kerana carbon brush dah habis. Tidak lah mahal untuk diganti.

11. Starter solenoid

ia merupakan sebagai relay switch. Apabila rosak membuatkan starter motor tidak boleh memusingkan enjin kerana tiada arus elektrik yang mengalir pada starter. Selalunya kita pintaskan antara cable bateri dan cable starter pada solenoid dengan mengunakan screw driver yang panjang.

Berhati-hati bila menggunakan kaedah ini kerana percikan api akan berlaku. Amat bahaya sekali jika ada petrol berhampiran. Aku tidak rekomen kaedah ini. Lebih baik tolak sahaja kereta untuk menghidupkannya.

12. Wheel bearing

selalunya bunyi dengungan yang jelas semasa kereta berjalan. Lebih baik ganti segera sebelum pecah dan menyekat tayar daripada berpusing. Jika ianya pecah, pasti hub akan terhakis dan rosak samasekali.

13. Upper dan lower ball joints

Ia akan mudah tercabut daripada tapaknya jika dalam keadaan longgar terutamanya semasa mengambil selekoh tajam dan terhentak. Cuba bayangkan kemana kereta mini tersayang anda menuju jika roda depan telah terkulai.Jika berkeadaan longgar ia boleh di adjust dengan membuang kepingan shim antara housing dan tapak ball joints. Jika tidak boleh diketatkan lagi perlu di tukar complete set kiri dan kanan, atas dan bawah.

14. Steering shaft

tidak semestinya ada walaupun sedikit kelonggaran pada komponen ini. Jika ini berlaku, cuba ketatkan bolt (dihujung steering shaft) yang mengikat steering shaft dan steering rack. Jika masih ada free play juga, aku pasti steering shaft spline (gigi) telah rosak. Perlu di ganti steering shaft tersebut. Jika tidak steering tidak mengikut arahan korang!

15. Steering rack

Jika kereta terhentak dan bunyi sesuatu yang longgar yang datangnya dari bawah lantai depan sebelah passenger, ini mungkin nylon bush steering rack telah longgar. Jika tie rod (shaft yang keluar dari steering rack – kiri dan kanan) longgar segera di ketatkan ( untuk keselamatan komponen ini hanya boleh di adjust sebanyak 2 kali sahaja).

Tie rod bagi steering rack model terkemudian tidak boleh di adjust, perlu di ganti complete set. Tie rod end ia itu terletak dihujung tie rod dan memegang steering arm pada hub.Ia tidak boleh di adjust dan perlu di ganti complete set kiri dan kanan. Sapertimana upper dan lower ball joints, ia mudah patah dan tercabut apabila longgar – sekali lagi bayangkan kemana kereta kesayangan korang menuju!

16. Exaust dan exaust manifold

bising jika bocor. Pastikan exaust mounting diikat kemas dan dalam keadaan baik. Kita tidak mahu exaust jatuh semasa memandu dan digelek oleh kereta dibelakang! Bukan sahaja pemandu dibelakang terkejut beruk tetapi amat membahayakan.

17. Tire

Berkeadaan baik dan tentukan alignment. Jangan lupa tayar spare, pastikan ada angin. Ada juga member mini kita yang lupa bawa tayar spare!

Bermacam-macam hal mungkin akan berlaku semasa dalam perjalanan. Tentukan petrol di isi jika ada peluang berhenti di petrol station. Sekurang-kurangnya periksa tangki. Meter petrol bukannya boleh percaya sangat (terutama kerata lama) kerana wiring dah makan usia.

Semoga selamat dalam perjalanan,Jangan berkira soal keselamatan sebab korang bukan setakat membahayakan nyawa korang,tapi nyawa orang lain jugak..

.
 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

3 Comments to “Tips Raya – Komponen Kenderaan Perlu Diperiksa Sebelum Pulang Beraya”

  1. yatie awang says:

    tips yang bagus ni, tapi kakak tak balik kampung, tak ada kampung hahaha

    maaf dah lama tak jengah sini, tak tahu kenapa blog ni tak keluar di bloglist

    selamat hari raya maaf zahir batin dan salam merdeka

  2. [...] untuk TIPS PULANG BERAYA – KOMPONEN KENDERAAN YANG PERLU DIPERIKSA jQuery(document).ready(function($) { [...]

Leave your comment here:

image004Bina Blog Bisnes Untuk Kembangkan Bisnes Anda di Internet! Murah & Cepat. Sila Klik Sini!
image004Dapatkan Produk Intimasi Suami Isteri Untuk Kebahagian Rumahtangga Anda! Sila Klik Sini!