Tarikh Penerimaan Opsyen SBPA Tangguh Hinggga 15 Januari 2012 | NescafeAis.Com


.

.

Tarikh Penerimaan Opsyen SBPA Tangguh Hinggga 15 Januari 2012

December 23rd, 2011 1 Comment .
.

SBPA 2012 DITANGGUHKAN HINGGA 15 JANUARI 2012 – PENERIMAAN OPSYEN SBPA DITANGGUH 15 JANUARI
opsyen sbpa

PUTRAJAYA 23 Dis. – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi penjawat awam kepada 15 Januari depan, kata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Dr. Ismail Alias.

Beliau yang mengumumkan perkara itu berkata, bagaimanapun tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan 60 tahun kekal pada 30 Disember ini.

“Kita akan meneruskan SBPA , dan sebenarnya Cuepacs tidak menolak SBPA.

“Opsyen yang kita beri itu, ada dua. Pertama, opsyen umur persaraan 60 tahun itu tetap pada 30 Disember tarikh tutupnya kerana ia melibatkan banyak isu perundangan.

“Manakala opsyen SBPA, memandangkan tempoh itu agak terdesak, JPA bersetuju supaya ia dilanjutkan kepada 15 Januari depan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan rundingan dengan Cuepacs yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Omar Osman, di ibu pejabat JPA di sini hari ini. – BERNAMA

.
 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

One Comment to “Tarikh Penerimaan Opsyen SBPA Tangguh Hinggga 15 Januari 2012”

  1. PA yg bersyukur says:

    dah xsabar nk tggu SBPA dilaksanakan…sblum ni takut gak sbb “exit policy”2..tp dh cuepecs bg penjelasan tersebut yg melegakan..dah xda ragu2 lagi…hehe..yg penting gaji aku naik!! biarlah sikit xmcm JUSA ke TURUS tapi aku tetap bersyukur.. pergerakan gaji RM200++ sebulan..sapa nk bagi…laki aku yg keja swasta pun susah nk dpt cm 2…jadi yg penting ialah………….. BERSYUKUR DENGAN APA YG ADA..JGN BANDINGKAN DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN..TAPI MUHASABAH DIRI SEMULA ADA PENINGKATAN KE TIDAK….KALU ADA TU ALHAMDULILLAH…REZEKI DARI ALLAH..

Leave your comment here:

image004Bina Blog Bisnes Untuk Kembangkan Bisnes Anda di Internet! Murah & Cepat. Sila Klik Sini!
image004Dapatkan Produk Intimasi Suami Isteri Untuk Kebahagian Rumahtangga Anda! Sila Klik Sini!