Terkini : Bonus Raya 2013, Saguhati RM500 & RM250 Untuk Penjawat Awam?  | NescafeAis.Com


.

.

Terkini : Bonus Raya 2013, Saguhati RM500 & RM250 Untuk Penjawat Awam?

July 23rd, 2013 6 Comments .
.

Bonus Raya 2013, Saguhati RM500 & RM250 Untuk Penjawat Awam

Hari ini, sudah masuk hari ke 14 umat Islam berpuasa. Bermakna lagi 2 minggu daripada sekarang kita kita akan menyambut Hari Raya. Jadi seperti biasa, bersempena dengan kedatangan Ramadhan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak semestinya kakitangan awam terus menantikan dan mengharapkan pembayaran bonus Raya 2013, sekurang-kurangnya dapatlah kiranya meringankan beban kewangan 1.4 juta penjawat awam.

Berdasarkan sumber diperoleh, kewangan negara tidak berada dalam keadaan sihat ketika ini. Oleh itu, untuk pemberian bonus raya 2013 sehingga setengah bulan kali ini agak tipis. Tetapi harapan tetap ada, ini kerana berbalik kepada tujuan Pakej Rangsangan Ekonomi & juga bonus penjawat awam. Untuk terus menggalakkan perbelanjaan & aliran tunai yang aktif di dalam negara dan sekaligus memastikan duit tidak tepu di dalam bank sahaja.

Setakat hari ini,….Berikut sedikit maklumat dan angka bonus Raya 2013 yang diperolehi, di mana Perdana Menteri telah pun selesai mengadakan mesyuarat di MOF.

Bayaran Bonus Kakitangan Awam : Bonus Raya 2013

Sekurang-kurangnya jumlah pembayaran bonus raya :

  • Kakitangan Awam : RM500
  • Pesara Kerajaan : RM250

Pengumuman Bonus Raya 2013

  • Tarikh : 24 Julai @ 31 Julai 2013
  • Hari : Rabu
  • Diumumkan : Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)

Walaubagaimanapun terpulang kepada budi bicara dan pertimbangan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Malaysia sewaktu pengumuman kelak.

Dimaklumkan akan ada pengumuman rasmi samada 24 Julai atau 31 Julai 2013 ini, melibatkan tuntutan bonus raya 2013 kali ini oleh kakitangan awam. Nantikan pengumuman daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dan yang pastinya bonus hari raya 2013 kali ini, tidak akan dimasukkan sekali dengan slip gaji seperti yang diharapkan. Ini kerana gaji penjawat awam telah pun siap diproses. Memang tidak sempat.

P/S : Dan kepada peniaga pula, dengan adanya pengumuman bonus hari raya kelak janganlah ada peniaga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati.

PP/S : Tahniahlah mana-mana daripada anda di sini yang dapat bonus raya 2013 ataupun saguhati raya kali ini. Apa respon balas anda pula?

Sumber:Berita Semasa

.
 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

6 Comments to “Terkini : Bonus Raya 2013, Saguhati RM500 & RM250 Untuk Penjawat Awam?”

  1. dd says:

    syuuukurrrrrr ;0

  2. ainie says:

    Arap2 dapatlah bonus…memang penjawat awam duk tunggu berita gembira nie..kalu dapat meriah balik la bazar ramadhan n shoping complek..yang bgusnya duit tu masuk balik dalam market…peniaga senang hati..penjawat awam senyum lebar

  3. zamri says:

    saya bersetuju jika bonus hariraya diberi rm500 saja, baru setaraf dengan semua kakitangan awam, begitu juga dengan bonus tahunan kalau nak bagi dalam sekitar rm1000 atau rm1500 baru semua gred dalam perkhidmatan awam rasa sama taraf

  4. lola says:

    setuju! kerajaan boleh jimat sebab kesian kat pekerja gred bawahan, gaji rm800 (contoh: kerani baru), kalau separuh gaji rm400.. so, dpt rm500 jelah sebeb minimum rm500..

    bayangkan kalau gred JUSA pulak, gaji 14,000++, setengah gaju maksudnya bonus dia rm7000… mcm tak fair..

    so, semua patut dapat amount yg sama… kumpulan sokongan kalau takde, mati jugak PnP ni.. nak fotostet pun kadang2 tak reti..

  5. greg says:

    Kenapa bonus penjawatan awam dan pesara kerajaan tidak sama?

  6. I just could not go away your website prior to suggesting
    that I really loved the usual info a person supply for your visitors?

    Is going to be again regularly in order to check out new posts

Leave your comment here:

image004Bina Blog Bisnes Untuk Kembangkan Bisnes Anda di Internet! Murah & Cepat. Sila Klik Sini!
image004Dapatkan Produk Intimasi Suami Isteri Untuk Kebahagian Rumahtangga Anda! Sila Klik Sini!