VIDEO: Tangisan Si Ibu Lumpuh Yang Ditinggalkan Anaknya Di Bilik Hotel | NescafeAis.Com


.

VIDEO: Tangisan Si Ibu Lumpuh Yang Ditinggalkan Anaknya Di Bilik Hotel

March 9th, 2012 0 Comments .
.

Menangis aku bila tonton video seorang ibu yang lumpuh ditinggalkan anaknya di bilik hotel. Berhari-hari dia berendam airmata apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru,Kuala Lumpur.

Warga emas itu terlantar di hotel tersebut sejak empat hari lalu. Menurut akhbar Harian Metro, dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.

Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.

Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.

Ketika ditemui, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.

Apa-apapun tahniah kepada akhbar berkenaan kerana telah menyiarkan kisah yang cukup menginsafkan ini. Tak lupa kepada pekerja hotel yang sanggup menjaga ibu tua ini walaupun bukan dari agama dan keturunan yang sama.

Yang pasti, kita jangan terlalu cepat menghukum si anak kerana kita pun tidak tahu kenapa dia tiba-tiba menghilang…mungkin ada musibah yang menimpanya hingga dia tidak dapat kembali ke hotel dan mengambil kembali ibunya yang uzur itu.

Korang jangan buat macam ni kat ibu korang ea….huhuhu.

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “VIDEO: Tangisan Si Ibu Lumpuh Yang Ditinggalkan Anaknya Di Bilik Hotel”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here: