Tambahan 30 Minit Kerja Setiap Hari Jika Tuntutan CUEPACS Dipenuhi | NescafeAis.Com


.

Tambahan 30 Minit Kerja Setiap Hari Jika Tuntutan CUEPACS Dipenuhi

September 20th, 2012 2 Comments .
.

cuepacs

Seperti yang diketahui, Ceupacs semalam telah menyenaraikan 6 tuntutan untuk bajet 2013 yang akan dibentangkan PM Najib pada 28 September ini. Antara 6 tuntutan ceupacs adalah adalah perumahan mampu milik di kawasan bandar, peningkatan elaun sewa, bonus 2012 tambahan selain dari bonus setengah bulan yang diperolehi kebelakangan ini dan nasib 45,000 pekerja kontrak yang mana kontrak berakhir 31 Disember ini.

Sebagai balasan jika 6 tuntutan ini berjaya diperolehi, Cuepacs mencadangkan agar penjawat awam bekerja lebih masa selama 30 minit setiap hari.

Tambahan 30 minit kerja setiap hari tanpa ganjaran sebagai tanda komitmen jika tuntutan CUEPACS dipenuhi.

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata lebih 1.4 juta penjawat awam sedia bekerja lebih masa jika 70 peratus daripada enam cadangannya dilulus kerajaan dalam bajet 2013.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata penjawat awam akan bekerja lebih masa selama 30 minit tanpa ganjaran jika tuntutan mereka termasuk penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) diterima kerajaan.

“Cuepacs akan pastikan penjawat awam akan melakukan satu perubahan drastik dari segi budaya bekerja, kalau boleh kita datang 15 minit awal dan balik lewat 15 minit yang merupakan komitmen daripada penjawat awam bagi menghargai jasa kerajaan meluluskan tuntutan tersebut,” katanya kepada pemberita Rabu.

Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Cuepacs ke-9 di sini, berkata penjawat awam masih menunggu perubahan dan penambahbaikan ke atas SSM setelah diumumkan pada 8 Mac lepas, susulan pembatalan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam.

Tuntutan lain ialah penyelesaian isu tangga gaji maksimum yang tidak selaras dengan kenaikan gaji tahunan; projek perumahan di bawah harga RM135,000 dalam kawasan bandar; menaikkan imbuhan tetap perumahan; kedudukan status 45,000 penjawat awam berstatus kontrak; bonus dua bulan gaji dan mengkaji semula pemansuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat pusat.

Pada aku, berapa jam waktu bekerja tak penting. yg penting adalah produktiviti. kalau tambahan waktu bekerja 2 jam sekalipun, tapi hanya duduk di depan komputer sambil main fb, ia tidak mendatangkan apa-apa hasilpun kepada organisasi. Apa pandangan penjawat awam mengenai kerja lebih masa ni?..sanggup??

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

2 Comments to “Tambahan 30 Minit Kerja Setiap Hari Jika Tuntutan CUEPACS Dipenuhi”

  1. rokiah idrus says:

    kenapa mesti kerja lebih masa dsbbkan kerajaan meluluskan tuntutan CUEPACS. kalu tu dnamakan rasuah. xkah mereka mengkaji impak dari kenaikan gaji pd harga brgan?Biar gaji spti biasa tapi kebajikan pekerja djaga, harga brg pun xnaik. Jika dpanjangkan waktu bkj bagaimana hendak dselaraskan dgn anak2 yg dihantar ke tmn asuhan . kalauambil lambat bermakna ot. jadi kena bayar duit lebih. Jadi pi mai pi mai tang tu lah jugak. Kerja kerja kerja ,bagaimana komitmen dgn famili. Adakah CUEPACS mengkajinya? Jgn lah dsbbkan habuan yg sedikit kita kena korbankan komitmen dgn famili

  2. Alias Darus says:

    Setuju dgn admin, yang penting productiviti, bukan masa kerja panjang.
    Walaupun sudah ada petunjuk perubahan baik disetengah jabatan, tapi kebanyakan jabatan masih dgn budaya lama – masih terdapat kaunter tutup pada waktu rehat, pegawai yg bertanggungjawab bercuti dan pegawai lain tdk boleh ambil alih, sistem online disediakantapi masih perlu ulang alik ke jabatan dan perbagai lg masaalah remeh yang masih membelenggu pelangan atau rakyat………….saya percaya PM akan luluskan 70% permintaan Ceupacs ini kerana kerana PM tertekan dengan pilihanraya yang makin hampir………

Leave your comment here: