Syaleza Jaafar Eksekutif TV9 Mati Dijerut Bukannya Gantung Diri | NescafeAis.Com


.

.

Syaleza Jaafar Eksekutif TV9 Mati Dijerut Bukannya Gantung Diri

July 30th, 2012 4 Comments .
.

eksekutif

Ketua Polis Selangor mengesahkan punca kematian Syaleza Jaafar eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.

Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar (gambar), 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.

“Laporan siasatan menunjukkan Syaleza Jaafar mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu,” katanya pada sidang media di sini.

syaleza jaafar

Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan. Suspek akan direman petang ini.

Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian. Mayat Syaleza Jaafar ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya pada kira-kira 7 malam.

Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya.

Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis.

Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. – Bernama

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

4 Comments to “Syaleza Jaafar Eksekutif TV9 Mati Dijerut Bukannya Gantung Diri”

  1. Hanif says:

    Syukur alhamdulilah…jika membunuh diri tak cium syurga…huu
    Tapi siapa yangkejam sebegini yek…

  2. Terbakor says:

    bersangka baik dulu, mungkin bukan bunuh diri. kalau betul dia nak gantung. tiba2 tak jadi nak gantung, terjatuh lak dari kerusi.. jadi tu bukan bunuh diri. ceraha ustaz kazim ada jelaskan pandangan tentang org nk bunuh diri

  3. dienprk says:

    sebab xtau agama la kes2 macam ni terus menjadi2….dah rakyat pilih krjn mcm nie..kena trima lah….

  4. Neng Jane says:

    Sudah sampai masanya…, tak kira macamana sekali cara kepergiannya, itu lah nasibnya. Kita patut mendoakan kepergiannya ……Amin.

Leave your comment here: