Skim SBPA: Dasar Keluar Bagi Penjawat Awam | NescafeAis.Com


.

.

Skim SBPA: Dasar Keluar Bagi Penjawat Awam

October 25th, 2011 1 Comment .
.

sbpa

Maklumat terbaru mengenai  Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA),’Dasar Keluar’ diperkenalkan,ini bermaksud penjawat awam boleh bertukar ke mana-mana jabatan sama ada awam atau swasta jika prestasi kerja rendah atau ingin ke jabatan lain. Yang bestnya,status pencen serta faedah lain yang layak diterima tidak hilang.(tapi untuk Gred 41 je..)

KUCHING 25 Okt. — Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dilaksanakan mulai tahun depan bakal menguatkuasakan ‘dasar keluar’ bagi penjawat awam yang berprestasi rendah atau yang ingin bertukar ke agensi lain termasuk swasta.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, buat permulaan dasar itu melibatkan penjawat awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan penilaian dibuat berdasarkan laporan prestasi tahunan serta Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) penjawat awam berkenaan.

Kumpulan Pengurusan dan Profesional melibatkan penjawat awam Gred 41 ke atas.

“Ia bagus kerana di bawah dasar baru tersebut penjawat awam tidak akan hilang status pencen serta faedah lain yang layak diterima,” katanya kepada Bernama selepas taklimat isu semasa CUEPACS untuk ketua-ketua jabatan dan penjawat awam negeri ini di Bangunan Sultan Iskandar hari ini.

Omar berkata, berbeza dengan Skim Saraan Malaysia (SSM) pada masa ini yang membenarkan penjawat awam untuk pencen awal pada umur 40 tahun, SBPA membenarkan penjawat awam berbuat demikian lebih awal tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang akan ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Katanya, dasar baru itu memberi ruang kepada penjawat awam untuk bertukar kerjaya sama ada berkhidmat di agensi lain seperti Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau swasta yang sedia ada sekarang.

“Dasar ini bagus kerana mungkin penjawat awam tersebut boleh meningkatkan produktiviti di sektor lain yang dirasakan sesuai untuk mereka,” katanya. — Bernama

Dah ada nampak penambahbaikkan dalam sistem baru SBPA ni,harap banyak lagi berita baik yang akan kita dengar,.macam manapun masih menunggu maklumat penuh mengenai sistem baru SBPA ni,.

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

One Comment to “Skim SBPA: Dasar Keluar Bagi Penjawat Awam”

  1. Riley Namonkre says:

    Ciri ciri yang ada pada beberapa undang undang terdahulu seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang memberikan kuasa penuh pihak polis masih lagi ingin diperkenalkan.

Leave your comment here: