Gambar Siti Nurhaliza Dedah Rambut Di Instagram Jadi Isu  | NescafeAis.Com


.

.

Gambar Siti Nurhaliza Dedah Rambut Di Instagram Jadi Isu

July 17th, 2012 1 Comment .
.

.

siti nurhaliza instagram

Baru-baru ini terdapat kontroversi membabitkan para peminat yang saling berbalah mengenai gambar-gambar Siti yang dimuat naik dalam Instagram. Mereka berbalah tentang isu rambut, aurat dan imej anda. Berikut komen Dato Siti mengenai perkara tersebut.

“Ia adalah isu lama yang berbangkit.”

Begitu ulas Datuk Siti Nurhaliza mengenai pertikaian peminat tentang imej dan penampilannya yang separa bertudung. Bagi kebanyakan peminat, ramai yang berharap agar penyanyi nombor satu negara itu bertudung dengan sempurna, sementara sebahagian lagi boleh menerima penampilan Siti dengan baik.

Bagaimanapun isu pemakaian tudung Siti kembali menjadi hangat selepas sekeping gambar yang dimuat naik oleh Siti Nurhaliza sendiri dengan menampakkan sebahagian rambutnya dalam laman sosial Instagram peribadinya menjadi perdebatan di kalangan peminat. Macam-macam pandangan yang dilemparkan, sehingga menimbulkan sedikit kontroversi apabila ada yang mendakwa rambut wanita bukan aurat.

rambut dato siti
 

Gambar Siti Nurhaliza Dedah Rambut Di Instagram Jadi Isu
 

Siti Nurhaliza Dedah Rambut Di Instagram Jadi Isu

Sudah terbiasa dengan situasi tersebut, Siti dengan tenang meminta agar semua peminatnya menerima penampilan dirinya yang memang belum bertudung sepenuhnya sejak beberapa tahun lalu.

“Saya sedar bahawa timbul beberapa komen negatif mengenai gambar saya dengan menampakkan rambut dalam Instagram saya. Namun, seperti selama ini yang sering saya katakan, saya memang belum bertudung litup, tetapi sekadar mengenakan selendang.

“Jadi saya amat berharap agar peminat memahami dan tidak lagi membangkitkan isu ini,Namun saya tetap mempunyai keinginan untuk menutup aurat dengan sempurna satu masa nanti.”

P/S:-Semoga dibukakan pintu hatinya..AMIIN.

 

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

One Comment to “Gambar Siti Nurhaliza Dedah Rambut Di Instagram Jadi Isu”

  1. kartikel.com says:

    aduh, macam2.. yang abgman72 tu pun satu pasal

Leave your comment here: