Senarai Harga Barang Kawalan Sempena Aidilfitri 2012 | NescafeAis.Com


.

.

Senarai Harga Barang Kawalan Sempena Aidilfitri 2012

August 3rd, 2012 0 Comments .
.

harga barang kawalan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan 20 jenis barang runcit yang diletakkan di bawah Skim Kawalan Harga sempena Aidilfitri  2012.

Tempoh kuatkuasa skim kawalan harga itu ialah selama 15 hari, mulai 12 hingga 26 Ogos 2012. KPDNKK mensyaratkan semua peniaga perlu meletakkan tanda harga berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal untuk mudah membezakan dengan barang-barang lain.

Jika peniaga yang gagal berbuat demikian dan tidak mematuhi peraturan harga di bawah skim itu akan dikenakan tindakan tegas mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatuan 2011. Sepanjang tempoh itu, Pegawai Penguatkuasa dan Pegawai Pemantau Harga akan berada di lokasi yang menjadi tumpuan pengguna untuk memastikan semua peraturan dipatuhi.

Harga maksimum bagi barang terkawal itu ialah :

  1. Ayam hidup (RM5.70)
  2. Ayam standard yang disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal (RM6.80)
  3. Ayam super yang disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal (RM7.60).
  4. Daging lembu tempatan (RM22.00)
  5. Daging lembu import-harga maksimum di Sarawak sahaja (RM24.00)
  6. Daging kerbau tempatan (RM21.00)
  7. Daging kerbau import India (RM13.50)
  8. Telur ayam gred A (RM0.35 sen)
  9. Telur ayam gred B (RM0.34 sen)
  10. Telur ayam gred C (RM0.33 sen)
  11. Kubis bulat import-Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing (RM3.20)
  12. Cili merah (RM10.00)
  13. Tomato (RM4.50)
  14. Kelapa parut-harga maksimum di peringkat runcit saja (RM6.00)
  15. Kacang tanah import (RM6.50)
  16. Bawang merah kecil India (RM5.00)
  17. Bawang besar import (RM2.50)
  18. Bawang putih China (RM7.50)
  19. Ubi kentang import China (RM3.00)
  20. Ikan kembung (RM12.00)

Senarai harga berkenaan adalah berdasarkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana untuk beberapa negeri tertentu termasuk di Sabah dan Sarawak terdapat sedikit perbezaan harga.

Aduan mengenai peniaga tidak mematuhi skim itu boleh dibuat menerusi emel ke e-aduan@kpdnkk.gov.my, atau talian bebas tol 1-800-886-800, SMS ke 15888 dengan menaip “KPDNKK ADUAN ” atau lapor terus di pejabat KPDNKK di seluruh negara.

.
 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Senarai Harga Barang Kawalan Sempena Aidilfitri 2012”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here:

image004Bina Blog Bisnes Untuk Kembangkan Bisnes Anda di Internet! Murah & Cepat. Sila Klik Sini!
image004Dapatkan Produk Intimasi Suami Isteri Untuk Kebahagian Rumahtangga Anda! Sila Klik Sini!