Semakan Pendaftaran eKasih Jabatan Kemajuan Masyarakat | NescafeAis.Com


.

Semakan Pendaftaran eKasih Jabatan Kemajuan Masyarakat

November 5th, 2011 39 Comments .
.

ekasih

Semakan Pendaftaran eKasih-Dalam Entry yang Lepas (Rujuk Sini) Aku ada maklumkan mengenai Pengisian Borang E-Kasih jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu sebagai salah satu syarat bagi membolehkan menrima bantuan one off  sebanyak RM500 seperti yang dibentangkan di Bajet 2012 yang mana LHDN  telah mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dan berikutan itu ada yang bertanya macam mana nak buat semakan setelah berdaftar dengan ekasih,Mungkin setelah mengisi borang korang terlepas pandang pada page semakan pendaftaran eKasih.bagi memudahkan korang buat semakan ekasih,korang boleh klik pada pautan di bawah.

SEMAKAN PENDAFTARAN E-KASIH – KLIK SINI

Sebelum tu untuk makluman,ekasih bukan sekadar portal pendaftaran untuk bantuan one off  sebanyak RM500 Sahaja. eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang menempatkan maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) serta agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.  Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman,Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.

Antara ciri-ciri utama eKasih adalah :-

i)   Pendaftaran dan semakan status kemiskinan secara online

ii)  Permohonan bantuan kepada agensi-agensi yang berkaitan

iii) Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online

iv)  Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Paras Garis Kemiskinan (PGK) per kapita.

v)    Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan

vi)   Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan berdasarkan Key Performance Indicator (KPI)

Modul-modul yang terdapat dalam eKasih adalah Modul Semakan, Pendaftaran, Kemaskini, Laporan, Pangkalan Ilmu, Sokongan dan Pemakluman Kemiskinan.

Semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM 1500 (Bandar) atau RM 1000 (Luar Bandar) sebulan adalah digalakkan mendaftar. Sila klik pada Pendaftaran Ringkas untuk Daftar

 

Kemaskini 18 MAC 2012:
Sila Rujuk entri: Mekanisme Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk mendapatkan syarat-syarat permohonan, kelayakan definisi ketua isi rumah dan maklumat terkini berkenaan Bantuan Kewangan RM500 ini.

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

39 Comments to “Semakan Pendaftaran eKasih Jabatan Kemajuan Masyarakat”

  1. […] Sila Rujuk entry ni untuk semakan Pendaftaran ekasih […]

  2. sabri azaman says:

    thx krn sudi membantu org yg memerlukan……

  3. muhamammad sufian says:

    macam mana nak buat semakan e-kasih??, puas cari tapi tak jumpa pun di mana-mana web. .

  4. nescafeais says:

    kamu Klik Saja Semakan Pendaftaran E-KAsih – Tulisan Warna Biru tu -

  5. miana says:

    salam.. ada maklumat yg sy tersalah isi.. mcm mna mau betulkan?

  6. zayra says:

    Nama Pelapor tu nak letak nama sapa eh? saya tak paham.. huhuhu.. tolong bantu!

  7. aidah says:

    saya seorang balu,mempunyai 3 org anak.dan menangung ibu dan bapa. pendapatan
    saya sebulan hanya rm1600 saja.layak ke saya memohon? dan bagaimana utk saya
    mejadi ahli e-kasih?

  8. UMATHEVI A/P RAMAN says:

    saya seoarang balu ,mempunyai 2 orang anak.kedua-dua anak saya sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.mereka tidak dapat menolong sepenuhnya perbelanjaan harian saya.sekarang saya hanya mampu membuat kerja separuh masa untuk menampung serba sedikit perbelanjaan harian dan bulananseperti sewa rumah,bil elektrik dan bil air.sebulan pendapatan saya hanya rm 420 sahaja.layak ke saya memohon? dan bagaimana untuk saya menjadi ahli e-kasih?

  9. salmiah shuaimi says:

    saya dah daftar ekasih….saya cuba buat semakan..tapi xdapat…saya cuma nak tau sama ada pendaftaran saya ada atau tidak..boleh terangkan pd saya apa yg perlu saya buat…terimakasih

  10. maruff says:

    tak dpt semak senarai ahli ekasih gak la..erro ja jwp nya

  11. Mahen says:

    Saya telah mengisi borang ekasih Untuk ibu saya, bagaimana saya boleh semak status pendaftaran Dan bagaimana I nak check sama Ada borong Susah terima atau Tak… Terima kasih

  12. Hamzah Abdullah says:

    bagaimana cara untuk menjalankan perniagaan tapak sedia ada sedangkan modal pusingan amat diperlukan???adakah bantuan diberi untuk memulakan perniagaan?

  13. Siti Nurlaila says:

    saya dapat ka?

  14. Shikin JAAFAR says:

    Macam mane nak wat semakkan e- kasih

  15. khizrul saibul says:

    saya nak check arwah ibu saya punya insurans dari e-kasih tapi susah nk check. Dari bulan oktber 2011 tu lg urus janji bulan december 2011 dapat tapi sampai sekarang belum ada khabar berita dari e-kasih lg.

  16. zara says:

    macam mana nak cek prmohonan klik kat link biru tu tp xdpt

  17. saujiartini says:

    ibu saya telah mendaftar dalam e-kasih pada tahun yg lalu. namun, sehingga hari ini, belum ada keputusan sama sekali. dalam borang permohonan e-kasih tersebut meminta supaya pemohon menyertakan senarai nama tanggungan termasuk saya. namun, setalah mengisi borang tersebut, tak lama kemudian, saya berkahwin. soalan saya, bolehkah saya memohon e-kasih untuk keluarga baru saya? hal ini kerana, saya masih menuntut pelajaran di UMS. sedangkan, suami saya msih belum mendapat pekerjaan dan keluarga saya tidak mampu menampung perbelanjaan saya. adakah hal seperti ini dapat dipertimbangkan?

  18. noryatie abdul padpad says:

    salam…. pda bln 4,mpkk e-kasih dr kota kinabalu dtg k umh saya d tmn fjr sdkn…
    dan btnya n myoal ttg saya n tmpt kdmian yg saya tggal….
    mslhnya tmpt yg sya tumpang dgn ank2 saya adala umh k dua org tua saya….
    mslahnya saya sbgai ibu tunggal dan mpunyai ank 6…ingin btnya adakah pmohonan e kasih saya d luluskan secpt mgkin????
    krna saya ingin sgt2 bntuan n kptusan dr E-kasih… pmohonan E-kasih yg saya pohon dr th 2010 lg..

  19. rohana says:

    Assalamualaikum….

    Saya dah buat pendaftaran untuk bantuan perumahan bagi ayah saya di perak tapi masih tiada jawapan under ic no : 540426086153 pada tahun 2010. Boleh ke saya buat permohonan untuk kali kedua? Harap pihak tuan dapat membalas email saya.
    terima kasih.

  20. norinah otot says:

    saya nk buat pendaftaran e kasih ada kah layak sebab saya belum bercerai dengan suami… slama ni saya yang berkerja bukan suami saya sila beri penerangan utk saya

  21. KOWANTING AHAMAT says:

    SAYA ADA TERSENARAI DALAM E KASIH….DAN SAYA INGIN MEMOHON RUMAH BANTUNAN KERAJAAN..TETAPI TIDAK LAYAK KERANA ALASAN SAYA BERKERJA SECARA KONTREAK DI JABATAN KERAJAAN..TETAPI KELAYAKAN SAYA RASA ADA PADA SAYA KERANA DENGAN KEADAAN RUMAH YANG SEMAKIN USANG DAN GAJI TIDAK SAMPAI SERIBU KERANA KERJA TIDAK BERELAUN….PUN….DUDAH BERANAK TIGA…..ADA SESIAPA BOLE PERTIMBANGKAN

  22. rosni binti mat isa says:

    mcm mana nk memohon rumah satu malaysia

  23. amylia hj bohari says:

    saya pernah memohon bantuan rumah e-kasih. dan telah d banci pun. Tapi sampai sekarang belum ada apa-apa respon dari e-kasih. Saya adalah salah seorang ibu tunggal dari Kuching, Sarawak. Kenapa ya harus menunggu begitu lama?? kalau tidak pun utuskan surat pemberitahuan agar saya tidak tertunggu…kami dari Kuching minta agar keputusan di beri dgn segera.

  24. mas nawi khairi says:

    saya bergaji rendah bawah rm 1000 kenapa pemohonan saya ditolak sedang kan saya mempunyai 6org anak ,tolong pertimbangkan perkara ini

  25. SHARUL RINA says:

    Saya telah memohon tapi knp sampai skrg sy tak dpt keputusan?

  26. SHARUL RINA says:

    saya dh lama memohon…sehingga skrg xada apa2 pun

  27. Manisah Bain says:

    Saya seorang ibu tunggal dan telah memohon ekasih sejak Januari 2010 lagi tetapi sampai sekarang belum mendapat sebarang respon. Sedangkan saya amat memerlukan bantuan. Sebelum ini saya bekerja di pasaraya dengan pendapatan yang minima untuk menampung 3 orang anak yang masih bersekolah. Tetapi sekarang saya tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan hanya mengharapkan bantuan RM 200 dari kebajikan. Bekas suami pula tidak pernah memberikan nafkah kepada anak2. Kami .hanya menumpang dengan orang tua dengan bilangan isi rumah seramai 16 orang

  28. mahyuzida bte mahyuddin says:

    saya pernah memohon bantuan e-kasih dan pernah disoal selidik melalui telefon tapi sampai sekarang belum ada tindak balas bagaimana saya hendak tahu status saya ???

  29. abdul says:

    sy dah memohon bantuan e-kasih ni smpai dah kna temuduga tapi dah msuk 2 tahun x dpt pun keputusannya????????????payah ngat ke nk dapatkan bantuan e-kasih ni??

  30. artini ahmad says:

    bagai mana nak tahu ekasih nie
    bantuan ape?

  31. maureen says:

    di sarawak kat mana rumah 1malaysia dibina, dan apakah syarat pemohonan..

  32. Suziana Bt Ab Patah says:

    sya seorg ibu kpada 2 org anak ..
    Bekerja sebagai jurujual di syarikat kedai jamu …pendapatan sya sebulan x melebihi rm1500 .sya cuma nk tanya bagaimana nk join e-kasih?

  33. Suziana Bt Ab Patah says:

    Mcm mna nk join e-kasih

  34. siti normah binti omran says:

    semak nama penerimaan e-kasih.

  35. mohd zan mohd tahir says:

    tolong semakan nama dan jua biodata sy dan copy kan ke email sy yg tertera k kerjasama di ucapkn juttan terima kasih

  36. lim guat bee says:

    nak semak name saya dapat terima bantuan e-kasih statu saya?

  37. rauziah binti alvarado says:

    saya adalah salah seorang pemohon ekasih dan minta di senaraikan dalam bantuan rm35.00 sehari.

  38. insan terluka says:

    saya dalam peroses penceraian.ada anak 5 orang.dendapatan rm500.bekas suami tidak memberi nafkah langsung untuk anak anak.sudah di panggil ke pejabat agama untuk peroses penceraian tidak mahu hadir.pandai saja cakap tapi tak di laksanakan.sekarang saya dan anak anak makan bubur nasi saja.itu saja yang mampu beri anak anak makan .dimana tempat yang perlu saya pergi mengadu.saya perlukan bantuan sangat sekarang

  39. Everything is very open with a clear explanation of the issues.
    It was really informative. Your siite is very useful. Thanks for sharing!

Leave your comment here: