Semakan Keputusan Permohonan Ke IPTA 2011/2012 | NescafeAis.Com


.

Semakan Keputusan Permohonan Ke IPTA 2011/2012

May 5th, 2011 1 Comment .
.

Semakan Keputusan Permohonan ke IPTA 2011/2012 – Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya yang ada membuat permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)  bagi sesi 2011/2012 boleh membuat Semakan  keputusan permohona ke IPTA  mulai jam 12 tengah hari


Semakan keputusan permohonan ke IPTA 2011/2012 ini boleh dibuat melalui;-

- Menghubungi talian Hotline 03-88835858, Helpline 03-88835848 dan talian am 03-88835801/5802.
- Atau membuat semakan di laman web berikut:

  • Semakan Keputusan ke IPTA 1
  • Semakan Keputusan ke IPTA 2
  • Semakan Keputusan ke IPTA 3

-Semakan keputusan ke IPTA 2011/2012 juga boleh dibuat melalui SMS dengan dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) ke 15888.

Calon boleh mencetak surat tawaran kemasukan ke IPTA 2011/2012 mulai Sabtu ini melalui laman web rasmi IPTA berkaitan dan semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 14 Mei ini.

Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju melaksanakan “dasar tawaran terbuka”, yang akan membolehkan ramai calon cemerlang SPM 2011 menerima lebih daripada satu tawaran.Pemohon yang berjaya perlu membuat keputusan yang bijak dan tepat serta mendaftar ke program yang dipilih mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan. Bagi pemohon yang tidak berjaya ke IPTA tetapi menerima tawaran ke institusi lain, mereka dinasihatkan mendaftar ke program berkaitan kerana tawaran tempat ke IPTA adalah terhad.

Rayuan

-Calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA boleh mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2011/2012 dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan, melalui Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my

-Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 16 Mei dan keputusan rayuan akan dimaklumkan pada minggu kedua Jun.

-Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA empat minggu selepas tarikh pendaftaran IPTA, maka rayuan mereka dianggap gagal.

Pertanyaan

-Sebarang pertanyaan yang berkaitan boleh dikemukakan kepada pihak UPU di talian 03 8883 5858 atau 03 8883 5848 atau 03-8883 5801/5802 atau faks 03 8889 4260 atau e-mel : upu@mohe.gov.my

- Pertanyaan boleh juga dikemukakan terus kepada IPTA yang berkenaan, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

Jangan Lupa buat semakan keputusan permohonan ke IPTA pada 6 MEI  jam 12 tengah hari ..semoga berjaya…

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

One Comment to “Semakan Keputusan Permohonan Ke IPTA 2011/2012”

  1. riley says:

    i sent my ic number to 15888.but they told me ”maaf,rekod permohonan anda tiada dalam sistem.” but i’ve already register in via UPU.what should i do next?

Leave your comment here: