Selangor Laksana Skim Gaji Minimum Awal Tahun 2012 | NescafeAis.Com


.

Selangor Laksana Skim Gaji Minimum Awal Tahun 2012

September 15th, 2011 3 Comments .
.

skim gaji minimum

Berita baik untuk rakyat selangor…kerajaan negeri akan laksanakan skim gaji minimum untuk setiap anak syarikat negeri Selangor bermula januari tahun depan..tak percaya??..layan petikan berita di bawah sumber dari Selangorkini.


SHAH ALAM 15 SEPTEMBER : Bermula Januari tahun hadapan, setiap kakitangan anak syarikat kerajaan negeri Selangor bakal menikmati skim gaji minimum RM1,500.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, pelaksanaan gaji minimum ini adalah di antara pelan-pelan tindakan tiga tahun Pakatan Rakyat 2011-2013 yang akan dilancarkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim esok.

Pakatan Rakyat sebelum ini menerusi Buku Jingga berjanji memperkenalkan skim gaji minima untuk semua pekerja di Malaysia dalam janji 100 hari pentadbirannya di Putrajaya.

“Kini kita terjemahkan janji itu dengan melaksanakannya terlebih dahulu di negeri Selangor,” katanya.

Berbagai pelan tindakan telah dirangka yang merangkumi pelbagai aspek; pembangunan negeri dan kebajikan rakyat. Ia merupakan janji gagasan itu bagi menghadapi pilihan raya umum yang mungkin diadakan akhir tahun ini ataupun awal tahun hadapan.

Pelan tindakan ini juga bakal menyediakan peruntukan RM5 juta untuk pembangunan kampung baru di seluruh Selangor.

Tahun lalu, sebanyak RM4.6 juta diperuntukkan bagi membantu 465 kampung melaksanakan program kemasyarakatan di mana sebanyak RM10,000 diberikan untuk setiap kampung membabitkan kampung tradisional dan kampung baru Cina di seluruh Selangor.

Bagi meningkatkan kualiti kemudahan untuk rakyat, kerajaan negeri juga setuju untuk menyediakan dana sebanyak RM4 juta untuk membaiki jalan-jalan di kampung-kampung tradisi di negeri ini.

Sementara bagi hal ehwal keselamatan pula, RM3 juta akan diperuntukkan bagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan yang mencatatkan peratusan jenayah yang membimbangkan. Pemasangan CCTV akan dimulakan di Subang Jaya.

Manakala RM1 juta pula akan diperuntukkan kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini bagi kegunaan penyelenggaraan longkang, jalan raya dan jambatan di kawasan masing-masing.

Sementara itu, kerajaan negeri juga bakal melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan atau pilihan raya kerajaan tempatan bermula tahun hadapan di Petaling Jaya.

nanti-nanti..jangan gembira lagi..bukan semua dapat ea..mereka yang bekerja di anak syarikat kerajaan negeri sahaja yang dapat,iaitu syarikat yang generate income sendiri…hehehe

yang tak dapat:

PBT,
Staff bawah kerajaan negeri,
Pekerja swasta,
jabatan2 kerajaan negeri.

anak yang dapat.

PKNS
PNSB
KDEB
dan banyak lagi..sila google..

Apepun diharap perkara ni akan jadi cabaran buat PM kita…

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

3 Comments to “Selangor Laksana Skim Gaji Minimum Awal Tahun 2012”

  1. CMRatu says:

    untung mereka di selangor.. mesti negeri alin akan ikut lepas ni.. :)

  2. rozan says:

    Tahniah kjaan Selangor…Langkah awal yang mendahului pelaksanaan diperingkat kerajaan pusat…namun begitu kaum pekerja perlu difahamkan bahawa KUASA untuk mengujudkan Gaji Minimum Kebangsaan merangkumi seluruh sektor pekerjaan adalah dibawah KUASA PARLIMEN sesebuah negara dan bukan di Dewan Negeri yg terletak dalam pengurusan negeri.

    Dalam konteks kjaan Msia, Akta Majlis Konsultasi Gaji Negara telah di luluskan parlimen pada tahun ini dan kini pekerja semua sektor masih menunggu pengumuman rasmi PERLAKSANAAN GAJI MINIMA spt yang telah digembar gemburkan akan dilaksanakan seawal Nov ttp ianya sepi sahaja. Menjadi persoalan kepada kaum pekerja negara bila sesi pembentangan budget 2012 lansung tidak menyentuh hal ini.

    BN UMNO – No more rhetoric and no more political games. Just implement minimum wage!

  3. penyu says:

    hidup pkr

Leave your comment here: