SBPA – KSU Diminta Letak Jawatan,JUSA Dan Turus Akan Diubah | NescafeAis.Com


.

SBPA – KSU Diminta Letak Jawatan,JUSA Dan Turus Akan Diubah

November 28th, 2011 1 Comment .
.

SBPA – Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) – Saraan Baru Perkhidmatan Awam

sbpa-skim sistem saraan baru perkhidmatan

Satu lagi info terbaru dari skim SBPA atau Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam..

Semua ketua setiausaha (KSU) kementerian akan dikehendaki meletak jawatan dan memohon semula jawatan mereka secara kontrak, lapor Utusan Malaysia Online.

Akhbar utusan yang memetik sumber itu melaporkan tindakan berkenaan adalah sebahagian daripada program transformasi dalam perkhidmatan awam. Di bawah program itu Skim Saraan Malaysia (SSM) akan diganti dengan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SSBPA).

Menurut laporan berkenaan, prestasi semua KSU itu akan dinilai dalam tempoh kontrak tersebut.

Selain itu, Utusan juga melaporkan skim jawatan utama atau premier perkhidmatan awam, peringkat JUSA dan Turus akan diubah suai bagi membolehkan kepakaran luar termasuk dari sektor swasta diambil masuk.

Dengan cadangan itu bermakna, mana-mana pekerja sektor swasta yang berminat mengisi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dari JUSA C dan sehingga ke peringkat tonggak, Turus boleh berbuat demikian.

Akhbar utusan juga memetik sumber sebagai berkata, jawatan yang terbabit boleh menjangkaui sehingga ke kedudukan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Setiausaha (KSU) sesebuah kementerian.

KSU yang berada dalam kategori JUSA tertinggi dan Turus adalah sama seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat korporat.

Bagaimanapun, menurut Utusan lagi, tidak diketahui sama ada pengisian jawatan-jawatan tertinggi itu akan mengambil kira kouta berdasarkan kaum.

Utusan turut melaporkan satu taklimat kepada pegawai-pegawai peringkat utama dan ke atas telah dilakukan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) minggu lalu.

Buat sementara, lima buah kementerian dilaporkan telah dikenal pasti untuk dilaksanakan kaedah berkenaan…

Sumber -Malaysiakini dan Utusan

 

P/S – Rajin-rajinlah KLIK butang Share ngan LIKE kat sebelah tu ea – Tak Kena Bayar Pun..hehehe -Terima Kasih Aku Ucapkan Kepada Sesape Yang KLIK..

 

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

One Comment to “SBPA – KSU Diminta Letak Jawatan,JUSA Dan Turus Akan Diubah”

  1. ZAINEY says:

    APA NAK JADI

    APA SAJA PERLAKSANAAN BARU SAYA DAPATI KECENDERUNGANNYA ADALAH PENGANIAYAAN.UMPAMA SEORANG BAPA MENYURUH ANAK SULUNGNYA MENJAGA ADIK ADIK DENGAN DIBEKALKAN PISTOL,SAMBIL BERPESAN TEMBAKLAH ADIK KAMU BILA PERLU.INILAH GAMBARAN SBPA YANG BARU.SAYA CADANGKAN SEMUA JAWATAN JUSA KEATAS DIKONTRAKKAN MONTH TO MONTH BASIS.

Leave your comment here: