SBPA 2012 – Penambahbaikan Setelah Perjumpaan Cuepacs Dan JPA | NescafeAis.Com

.
per0dua yahoo 1bulan 12/5/2013-12-06-2013
.
paksu yahoo 2 bulan 11/3/2013-11-05-2013
.
halimislam 1 bulan 7/7/2012-7-11-2012

SBPA 2012 – Penambahbaikan Setelah Perjumpaan Cuepacs Dan JPA

December 29th, 2011 1 Comment
.

sbpa 2012

Dipetik dari Facebook Abu Bakar Haji Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA),MOU Mengenai Pelaksanaan SBPA antara JPA-CUEPACS telah ditandatangani pada 28 Disember 2011. Diantara perkara yang dipersetujui ialah:-

1. Pelaksanaan SBPA berkuatkuasa pada 1.1.2012. Tarikh akhir penyerahan kembali borang opsyen SBPA ialah pada 15.1.2012. Manakala tarikh opsyen umur persaraan 60 tahun kekal pada 16-30 Dis 2011.

2. Kajian penambahbaikan skim-skim perkhidmatan dengan kelayakan masuk minimum SPM akan dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan. Hasil kajian akan dibincangkan bersama untuk persetujuan pelaksanaan.

3. Mana-mana penambahbaikan yang melibatkan implikasi kewangan akan dibawa untuk pertimbangan kerajaan. Ini termasuklah isu gaji pegawai berada dalam tempoh maksimum yang lama akan dikaji oleh JPA dalam tempoh 3 bulan.

4. Pelaksanaan Exit Policy melalui Panel Penilai dimana CUEPACS terlibat sebagai pemerhati. Markah prestasi kurang daripada 60% dijadikan asas penamatan perkhidmatan dengan faedah persaraan. Markah 65% dan keatas boleh dipertimbangkan pergerakan gaji.

5. Naziran pelaksanaan SBPA akan dibuat oleh JPA dan CUEPACS untuk mempastikan bahawa tawaran opsyen adalah teratur.

6. JPA-CUEPACS akan mengadakan rundingan bersama setiap 3 bulan bertujuan untuk memantapkan PA selaras dengan GTP.

* Selamat membuat keputusan keatas opsyen SBPA dan Umur Persaraan Wajib 60 tahun kepada semua penjawat awam*

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
.
 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

One Comment to “SBPA 2012 – Penambahbaikan Setelah Perjumpaan Cuepacs Dan JPA”

  1. matnor says:

    Pada amnya. sya bersetuju dgn perkembangan setakat ini. harap2 pegawai2 yg dah lama dah tersandar mcm sya.diberi pertimbangan kenaikan gaji ke tempat yg sepatunya.

Leave your comment here:

hanif 19/12/2012-19-06-2013 yahoo.. 6 bulan
. hanif proton 3 bulan 9/5/2013-9-10-2013
.

RESPON TERKINI PEMBACA

ARKIB BLOG