Saham Felda FGVH meningkat kepada RM5.39 Sesaham

Berbeza dengan era tahun 1990-an dahulu, di mana sekitar pada tahun 1993 kita mampu melihat dan menyaksikan episod berlaku apa yang di dinamakan sebagai ‘Super Bull Run’iaitu suatu lonjakan saham luar biasa di pasaran saham tempatan. Itu kisah 19 tahun dahulu….Sekarang?
Walaupun mungkin pada ketika itu, akan ada kalangan yang merasakan sangat “Sui” (malang) atau dalam bahasa lebih sedap untuk didengar “tiada lagi rezeki” disebabkan tidak berjaya mendapatkan walaupun hanya 1 lot (bersamaan 1,000 unit saham) dalam permohonan IPO anda tetapi anda masih boleh keuntungan yang begitu mengujakan pada hari penyenaraian.
Apa yang hanya mereka-mereka perlu lakukan adalah pada masa itu :
- Menghubungi remisier mereka
- Membeli apa sahaja unit saham berdasarkan harga terpapar di skrin
- Akhirnya mereka yang merupakan “pemburu saham” ini akan mendapat keuntungan mudah semasa era “Super Bull Run”
Ini harga yang perlu dibayar oleh kalangan pemburu saham yang meletakkan wang hasil titik peluh mereka selama ini sentiasa berdepan dengan risiko yang cukup besar untuk situasi pasaran saham pada hari ini yang sukar untuk dijangka.
Sedang dalam situasi di mana ramai yang menyangka mereka akan menerima limpahan kekayaan daripada lonjakan luar biasa Facebook Inc(Nasdaq : saham facebook), akhirnya berita yang mereka dapat perhatikan, hanyalah saham Facebook saham kehilangan 29% daripada nilai harga IPO Bacebook sekitar $38 sesaham yang ditutup pada ketika itu.
Felda Global Ventures Holdings (FGVH) disenaraikan di Bursa Malaysia (Bursa Saham Malaysia) dengan permodalan pasaran berjumlah RM16.599 bilion berdasarkan harga petunjuk IPO sebanyak RM4.55 sesaham. Sukar dibayangkan di mana 3.648 juta saham Felda bakal terpapung dalam pasaran. Sebenarnya Felda Global Ventures Holdings (FGVH) boleh dikatakan pemain lain dan prestasinya juga agak berbeza dengan Facebook memandangkan Felda adalah pemegang industri kelapa sawit ketiga terbesar di dunia.
Dan hari ini, pada ketika laporan ini dikeluarkan, penyenaraian IPO Felda Global Ventures ini di Bursa Malaysia merupakan hari di mana menyaksikan saham Felda Global Ventures Holdings Bhd melonjak sebanyak sebagai 19.3 peratus apabila disenaraikan buat pertama kali dengan tawaran permulaan (IPO) sejumlah US$3.1 bilion sekaligus berjaya mengatasi kemerosotan berbanding senarai saham di seluruh dunia ketika ini.
Apa tidaknya dengan kegagalan penyenaraian Facebook dan penangguhan beberapa kali beberapa IPO Asia disebabkan kebimbangan pelabur terhadap krisis hutang di Eropah dan juga ekonomi yang tampak perlahan, pastinya yang melabur tidak akan senang duduk dibuatnya di hari penyenaraiannya.

Akhirnya hari ini :
- penyenaraian kedua terbesar tahun selepas Facebook menyaksikan saham Felda, yang memegang kuasa sebagai syarikat kelapa sawit ketiga terbesar di dunia ketiga terbesar minyak sawit dunia syarikat dibuka kepada RM5.39 sesaham (peningkatan sebanyak 18.5 peratus), berbanding dengan harga rujukan pada awalnya sekitar RM4.55
- Dalam beberapa minit dagangan bermula, saham Felda melonjak sebanyak 19.3 peratus bersamaan RM5.43 sesaham.
TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:





No Comment to “Saham Felda FGVH meningkat kepada RM5.39 Sesaham”