Safee Sali VS Tan Sri Annuar Musa – Apa Gaduh-Gaduh Ni? | NescafeAis.Com


.

Safee Sali VS Tan Sri Annuar Musa – Apa Gaduh-Gaduh Ni?

June 2nd, 2012 0 Comments .
.

Safee Sali VS Tan Sri Annuar Musa - Apa Gaduh-Gaduh Ni?

Malaysia mengatur serangan bertali arus, namun penyudah tumpul memaksa skuad Harimau Malaya menutup aksi persahabatan dengan mengecewakan apabila sekadar seri tanpa jaringan di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Malah, skuad Azkals membuktikan mereka kini bukan lagi pasukan belasahan apabila berjaya memberi tentangan sengit kepada anak-anak buah Datuk K. Rajagobal dengan mengikat juara Piala AFF Suzuki itu buat kali kedua dalam tempoh tiga bulan.

Malaysia sebelum ini turut diikat 1-1 dalam perlawanan persahabatan pertama di tempat lawan pada 29 Februari lalu. Dan, meskipun mendapat sokongan 10,000 sendiri di Shah Alam, mereka tetap buntu untuk menembusi gawang lawan dalam perlawanan yang berlangsung dengan laju.

Biarpun penamat yang diraih tidak seperti diharap, Rajagobal tetap memuji persembahan anak-anak buahnya yang dianggap memuaskan, terutama beberapa muka baru yang diberi peluang untuk membuat penampilan sulung.

Namun berlainan pula dengan Tan Sri Annuar Musa yang mengkritik secara terbuka melalui entry di facebook semalam dengan mempertikaikan mengenai pemilihan pemain oleh Datuk K Rajagopal. Dan salah seorang individu yang tersentap dengan kritikan Anuar Musa adalah Safee Sali.

 

Safee Sali VS Tan Sri Annuar Musa
 

Dalam isu SafeeSali vs Tan Sri Annuar Musa semalam ada benar dan salahnya. Teguran Tan sri Annuar Musa memang tepat, melihat barisan kesebelasan utama yang diletakkan Rajagobal semalam. Raja lebih memandang pemain di liga perdana seperti Azmi, Aidil dan Amiridzwan yang mana team ATM bolos 13 kali (main 16 game) menentang pasukan Liga Perdana berbanding team Kelantan yang hanya bolos 11 kali (main 17 game) di Liga Super. Mujur pasukan Filipina gagal membolosi gawang kita. Subra hanya masuk lewat separuh masa kedua dan pemain spt Rizal Fahmi, Farisham langsung tidak ada.

TSAM boleh tegur dan teguran tu baik tapi kenapa perlu point pada safee terus ditambah dakwaan liga yang dimainnya haram, itu dah mendakwa dan menjatuhkan maruah safee sali, untuk selection bukan safee yang berkuasa nak pilih diri dia masuk ke skuad kebangsaan, itu pilihan K Rajagopal, patunya TSAM point pada Rajagopal terus bukan pada safee, memang benar safee sali bermain kurang bagus semalam. Tapi bukan dia seorang, begitu juga pemain lain, semua nampak, mat yo, safiq rahim, shahruain dan lain-lain main ragbi semalam, tidak wajar kita nak tegur orang lain tapi kita tembak ke arah orang lain, teruskan beri teguran tapi biarlah tepat dan menjaga maruah orang lain, mereka busuk-busuk pun pemain negara yang banyak berjasa sampai TSAM sendiri merasa pegang piala AFF, fikir dulu sebelum cakap.

Safee Sali VS Annuar Musa

Semoga perbalahan antara safee Sali dan Tan Sri Annuar Musa tidak berlanjutan. Lepas ni Malaysia akan bertemu Singapura pulak. K Rajagopal tak perlu nak bereksperimen sangat, sebab kalau kalah dia jugak kena bantai. Doakan yang terbaik untuk Malaysia.AMIIN.

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Safee Sali VS Tan Sri Annuar Musa – Apa Gaduh-Gaduh Ni?”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here: