Syarat Kelayakan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia RMR1M

PENDAPATAN ISI RUMAH SEHINGGA RM3000 LAYAK MOHON RMR1M| Program Rumah Mesra Rakyat kini dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) dan kerajaan bersetuju supaya isi rumah dengan pendapatan maksimum sehingga RM3,000 layak memohon RMR1M berbanding RM1,500 sebelum ini.
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membina 10,000 unit RMR1M tahun ini. Program perumahan RMR1M ini membolehkan rakyat memiliki rumah berkualiti dan selesa. Semua Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia akan dibina dengan mengguna pakai teknologi ‘Industrialised Building System’ (IBS) dengan keluasan binaan lebih besar tanpa membabitkan sebarang tambahan kos kepada pemohon.
Borang permohonan untuk RMR1M boleh dimuat turun di semua pejabat wakil rakyat melalui sistem ‘online’ bagi memudahkan pemohon memperoleh borang dan mengetahui status permohonan.
Sejak diperkenalkan pada 2002, program perumahan itu menyaksikan pembinaan 20,308 unit rumah.Penggunaan teknologi IBS mampu menghasilkan rumah yang berdaya tahan, ekonomik dan inovatif.Ia juga mampu mempercepatkan jangka masa pembinaan ke 14 hari berbanding 70 hari mengikut kaedah konvensional.
Pembinaan RMR1M itu berkonsepkan tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan keluasan 1,000 kaki persegi, serta mengikut spesifikasi majlis kerajaan tempatan dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Malaysia.
TUJUAN PROGRAM RUMAH MESRA RAKYAT 1 MALAYSIA
Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PROGRAM RMR1M
-Warganegara Malaysia.
-Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 65 tahun. (Pemohon umur melebihi 35 tahun perlu menyediakan penama kedua umur kurang daripada 35 tahun)
-Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
-Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
-Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
-Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada BSN.
REKABENTUK RUMAH MESRA RAKYAT 1 MALAYSIA

MAKLUMAT LANJUT
Sila hubungi Jabatan Rumah Mesra Rakyat
di talian 03-2681 0180.
UPDATE:-perkongsian dari pembaca- TQ
as salam nak share skit. alhamdulillah permohonan saya dah berjaya tggu rumah siap dibina sahaja..permohonan dah lama sangat dr anak sorg hingga sekarang dah 3 org..huhuhu. tp sekarang dah mudah sebab isi borang online jer terus peroses..syarat pemohn sudah berkeluarga, income less 3000k dan permohonan rumah mesti dibuat atas tanah dalam geran.kalu bukan tanah sendiri pastikan ada surat pengesahan kebenaran dr tuan tanah sebab geran akan dicagar kat bank. contoh saya ayah mertua bg kebenaran buat rumah mesra rakyat ni atas tanah dia..untung dapat rumah ni tanpa modal hanya bulanan 150 sahaja..pada kengkawan yg masih berminat teruskan memohon jgn putus asa kalu cukup syarat insyaalllah dapat mcm suami saya buat walaupun ambil masa yg agak lama..(utk makluman rmh mesra rakyat dlm picture kt atas tu 1,2 dan 3 sahaja. no.8 rumah PPRT free. yg lain tu utk kktgn awam yg bersara shj….
TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:





24 Comments to “Syarat Kelayakan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia RMR1M”
selamat pagi dan salam 1Malaysia.saya nak tanya tentang rumah mesra rakyat ni.adakah dia akan di bina di tanah sendiri atau sudah siap di bina di tanah keraajaan?dan bagai mana untuk memohon?saya berasal dari lawas sarawak.
salam….sy telah memohon RMP1M. dan telah dipanggil temuduga pada tahun oktober 2011. baru2 ini ade staf dari SPNB telefon menyatakan dalam masa terdekat pembinaan akan dijalankan….. adakah rumah yang akan dibina dengan reka bentuk terkini keluasan 1000 kai persegi….sebab masa dalam borang yang saya mohon dahulu 866 kaki pesergi…….
yang kedua…..kalau kita memiliki rumah tersebut adakah layak kita memohon rumah di taman perumahan??? atau membuat pinjaman perumahan lagi……
salam….sy telah memohon RMR1M. dan telah dipanggil temuduga pada tahun oktober 2011. baru2 ini ade staf dari SPNB telefon menyatakan dalam masa terdekat pembinaan akan dijalankan….. adakah rumah yang akan dibina dengan reka bentuk terkini keluasan 1000 kai persegi….sebab masa dalam borang yang saya mohon dahulu 866 kaki pesergi…….
yang kedua…..kalau kita memiliki rumah tersebut adakah layak kita memohon rumah di taman perumahan??? atau membuat pinjaman perumahan lagi……
ape syarat-syarat lain untuk permohonan ni ekk ? perlu cagar geran yang asal ke dalam bank ke ? sebab dalam geran saya nama pemilik geran ramai dan pasti ada yang tidak setuju jika geran diletakkan di dalam bank sebagai cagaran . bagaimana dengan bayaran bulanan pula ? adakah sama dengan skim rumah mesra rakyat yang sebelum ini ?
macam mane saya nak mohoh rumah mesra rakyat…saya tidak mempunyai tanah..tapi saya tidak mamapu membeli sebuah rumah..
klu keja goverment gaji kurang rm3000,ble mohon rumah mesra rakyat tak?
Salam… saya ingin memohon bantuan rumah mesra rakyat 1 Malaysia ni untuk ibu saya di kampung. ibu saya ibu tunggal berusia 68 tahun. tinggal dengan adik perempuan berumur 27th yang hanya kerja kilang. rumah emak sudah usang saya pula sudah berkahwin dan tinggal berasingan jauh dari emak kerana tuntutan tugas. adik tak mampu untuk buat lond untuk buat rumah baru. rumah emak sudah berusia 40th. saya hanya mampu baiki apa yang boleh. emak dan adik selalu risau bila angin kuat. saya berharap sangat dapat buat ruamah baru untuk emak. tapi saya tak tahu mana nak dapat borang bantuan ruamah mesra rakyat 1 Malaysia nie. puas saya google. boleh tak sesiapa tolong saya macamana nak dapatkan borang nie..
boleh tak bg tahu mcmana nak dapatkan borang rumah mesra rakyat 1 Malaysia nie. saya dah puas google.
salam ila, kenapa tak pergi jumpa ketua kampung atau ketua wanita umno..bahagian tmpt tinggal kg mak u tu.mrk blh bantu dptkan borang atau terus ke jkm daerah tmpt tinggal mak u tu..k
salam.. zila. penggunaan perkataan KENAPA yang u gunakan sangat menguris hati seperti sebelum ni saya n keluarga tak pernah usaha dengan cara macam tu. u kena faham pekara-pekara macam nie susah nk cakap n saya tak nak komen lebih2 nanti ada yang tak puas hati atau saya boleh disabitkan dengan apa2 kesalahan mengaibkan sesungguhnya saya sangat takut. abg sya pernah mintak tolong kepada yg berkenaan tahun 2010 dan ada yang berkenaan pernah masuk ke kawasan jalan rumah mak saya tujuan jemputan 2012. malah muka ibu n aruwah abah pernah masuk surat khabar minta bantuan tahun 2005. zink yang bocor saya dah tukarkan. mukin tak ada rezeki n mukin mak saya tidak selayaknya utuk program2 yang kami minta bantuan sebelum ni. jadi tolonglah jangan cakap mudah. saya pun tak nak salahkan mana-mana pihak. saya cuma nak usaha dengan cara lain pula tanpa nampak macam saya minta sedekah. saya cuma tanya macamana nak dapatkan borang tu. saya dah call kt no 03-26810180 nie dan mereka dah jawab pertanyan saya dengan sangat memuaskan dan saya anggap pekara ini dah selesai. saya minta maaf klu ada sesiapa yang terasa dengan keterangan ini.
Salam sejahtera.Saya pemohon rumah mesra rakyat sejak 3tahun lepas kawasan Kubang Pasu,Kedah.Dan saya dapat panggilan berita baik dari seorang pegawai SPNB pada Nov 2011 bahawa permohonan saya sudah lulus dan di kehendaki menyerah salinan geran dan tandatangan.Dan beliau sendiri turun tengok kawasan rumah Mesra di dirikan dan menyuruh saya sediakan tapak.Saya membelanja sebanyak RM2,200 untuk sediakan tapak.Tiba-tiba pada Feb 2012 saya terima surat bahawa permohonan saya ‘reject’.Saya amat sedih dan kecewa sebab saya habiskan belanja untuk menyediakan tapak dengan sempurna dan penuh dengan harapan akan dapat memiliki rumah mesra rakyat.Saya ingin merayu kepada pihak SPNB dan pihak atasan supaya menyemak semula permohonan saya di luluskan.Terima kasih.
Salam..saya nak bertanya apakah geran asal tanah yg hendak dibangunkan bangunan rumah mesra rakyat itu akan disimpan oleh SPNB sehingga habis bayaran pinjaman dibuat? sekira nya ini benar maka saya rasa ramai yang akan terbantut hasrat utk memiliki rumah berkenaan khususnya bagi pemohon yang mempunyai masalah geran bersama dgn penama lain (Geran Berungkul)..
saya berusia 28 tahun…memupunyai 2 orng anak..saya tak ada tanah dan rumah kerana tak boleh buat loan di bank atas sebab nama blaclist…adakah saya takboleh mohon rumah 1 malaysia???
saya nak tanya sikit la…suami saya tidak mempunyai pendapatan tetap…boleh kah tapi ada tanah untuk tapah rumah bolehkah suami saya memohon.saya bekerja tetap dan pendapatan RM 2400.boleh kah mw=emohon rumah mesra rakyat ini.
cara paling senang dapatkan borang, pergi ke pejabat umno atau pejabat PAKAR. boleh tanya sekali segala kemusykilan kat sana.
Entah la.. Saya tak pasti betul ke kerajaan nak membantu golongan berpendapatan rendah macam saya .. Bile memohon direct pada menteri (kononnya nak membantu atas kuota umno), tiada feedback langsung. Malah biler kiter semak, pergi office sendiri, borang kiter HILANG? Saya sangat kecewa.. kecewa.. dan terus kecewa..Nak memohon rumah sederhana skrg bukannya senang. terlalu banyak syarat..
Salam,
Saya ingin mengetahui status pembinaan rumah mesra rakyat yg diluluskan pada July2012.semasa menyerahkan geran tanah saya ada bertanya bilakah rumah akan disiapkan,mereka berkata akhir tahun ini 2012.tapi sampai hari ini 13/11/2012 tiada siapa hubungi untuk memulakan pembinaan dan melihat tapak pembinaan….
Saya tiada rumah tiada tanah tolong la saya siapa lagi mahu tolong saya keluarga jiran2 tak suka kami duk rumah itu sebab geran tanah rumah sya duduk milik jiran saya tolong saya …coll la saya 0175354958
ORANG KAYA DAPAT BANYAK TANAH BEKAS TENTERA TAKDA TANAH NAK BUAT RUMAH CAMMANA
YANG ADA TANAH TU BERSHUKUR LA ADA TANAH SABAR TGU AJA RUMAH ADA TANAH USAHAKAN BLEH BUAT RUMAH SKIT-SKIT
rmr1m dh lulus pd julai 2012.masa sains agremen dia ckp dlm ms tdkt nk tgk tpak tp xde sape pun turun tgk tapak sampai januari 2013 dh hbs.
saya sudah memohon dan syarat-syarat saya buat tapi sampi sekarang tiada apa-apa berita mengenainya adakah ini bermakna permohonan ini tidak berjaya
isteri saya ada memohon RMR1M dan mendapat surat pengesahan penerimaan borang dr spnb bertarikh 06 Dis 2012.setelah 3 bulan berlalu isteri saya belum mendapat maklumbalas dr spnb mengenai kelulusan permohonan tersebut.NAMA PEMOHON:AMALIN BINTI APIN,NO.KP:690606-12-5272,NO BORANG:108719,PARLIMEN;RANAU SABAH.
Salam… Saye nak tanye… Saye ade tanah… Beli dgn pinjaman keajan.. For sure, geran tu ade dgn kerajaan… Still lagi tgh byr… Boleh ke saye mohon untuk rumah mesra rakyat ni…