Rozita Che Wan Cari Lelaki Kacak Dan Kaya | NescafeAis.Com


.

Rozita Che Wan Cari Lelaki Kacak Dan Kaya

August 23rd, 2012 0 Comments .
.

rozita
 

Jujur sungguh Rozita Wan Chik, jika anda ada ciri-ciri seperti yang Rozita Wan Chik sebutkan, boleh lah buat persiapan g usha janda tua ni…hehehe.Berkemampuan atau secara jujurnya lelaki kaya.

Biarpun sudah berulang kali dikaitkan dengan lelaki muda, aktres Rozita Che Wan tidak keberatan mengakui dia sebenarnya mencari jejaka kacak, berkemampuan dan tidak banyak kerenah.

Rozita berkata, ciri-ciri itu adalah kriteria utama yang ditekankannya dalam membuat penilaian terhadap mana-mana lelaki muda yang cuba mendekatinya.

“Kalau saya hendak berkawan dengan lelaki muda, biarlah orang itu menepati kriteria yang saya cari.

“Saya suka lelaki yang kacak, tidak banyak kerenah dan matang dalam menangani hubungan, bukannya lelaki yang perlu saya bimbing,” katanya ketika.

Justeru itu, menurut Rozita , jika dia ditipu atau dipermainkan, ia tidak begitu menyakitkan kerana menyedari hakikat dia menjalin hubungan dengan lelaki yang menjadi idaman ramai wanita.

“Kalau ditakdirkan saya dipermainkan oleh golongan itu, ia logik kerana saya sedar hakikat lelaki itu kacak dan berduit, sekali gus dia boleh buat perangai dan diidamkan ramai wanita.

“Apa yang menyakitkan kalau ditipu oleh lelaki biasa yang kekurangan banyak aspek. Sebab itu, saya lebih rela mencari kekasih yang kacak dan berharta,” luahnya.

 

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Rozita Che Wan Cari Lelaki Kacak Dan Kaya”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here: