Remy Ishak Masuk Hospital Mengadu Tiz Zaqyah Layan Macam Sampah
(UPDATE:)Tiz Zaqyah walaupun tidak ada Twitter, sempat mengupdate status di Facebooknya (telah pun didelete) seperti di bawah:-
. Adakah Remy dan Tiz benar-benar bergaduh atau ianya satu latihan lakonan daripada mereka berdua?

Twitter, selain tempat untuk bersosial, juga boleh dijadikan tempat untuk bergaduh dan berdrama swasta. Dan kali ini tiba giliran Remy Ishak dan Tiz Zaqyah pula.
Menurut tulisan Remy Ishak melalui akaun Twitter, beliau telah masuk ke hospital tengah hari tadi akibat demam panas yang agak teruk. Kesian Remy.., Tapi…..itu sebenarnya bukan masalah besar.
Apalah sangat demam panas tu kalau dibandingkan dengan layanan teman wanitanya (Tiz zaqyah) sehingga memaksa Remy yang gagah ini mengadu kepada peminatnya di Twitter. Tiz Zaqyah dikatakan melayan dia seperti sampah !!!!.
Menurut Remy Ishak, dia telah dimasukkan ke hospitak kerana demam panas. Namun, ketika dia menelefon Tiz Zaqyah untuk mengadu dan minta perhatian dari kekasih hatinya, dia mendapat layanan macam sampah oleh Tiz.

Remy Ishak menulis lagi sebenarnya dia sudah lama bersabar dengan karenah Tiz zaqyah dan harapan beliau untuk mendapat kata kata semangat dan perhatian dibalas hampa oleh Tiz Zaqyah dengan alasan penat.

Dan, di tulisan terakhir Remy Ishak, dia mengatakan Tiz Zaqyah mengucapkan selamat tinggal kepada beliau selepas mengetahui tentang isu ini. Adakah kisah percintaan mereka sudah berakhir?

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:





2 Comments to “Remy Ishak Masuk Hospital Mengadu Tiz Zaqyah Layan Macam Sampah”
Nak mintak layan sgt, Tiz tu isteri dia ke? Dia ni dlm filem pun kata tau batas2 dia tapi nampak mcm mmg jahil. Kalau dah jadi isteri tak layan bolehlah melalak. Kalau Tiz layan lebih pulak org kecam. Remy ni attention seeker sebenarnya. Tak minat dah.
[...] kali ini Remy Ishak adalah orang seterusnya yang menjadi mangsa penyebaran fitnah menerusi laman sosial twitter. [...]