Gambar Proton SUV Yang Bakal Dilancar? | NescafeAis.Com


.

Gambar Proton SUV Yang Bakal Dilancar?

June 28th, 2012 2 Comments .
.

proton suv

Menurut IBISWorld yang merupakan sebuah firma penganalisa pasaran, semenjak tahun 2007 permintaan kepada kenderaan utiliti sukan (SUV) semakin meningkat. Mungkin disebabkan permintaan yang tinggi, Proton dijangka akan mengeluarkan kenderaan SUV pertama mereka.

sebelum ini,Proton telah mereka sebuah model kenderaan berkonsepkan SUV sebelum melancarkan Proton Exora yang diberi nama Proton MSX. Proton MSX yang direka itu adalah berdasarkan Lotus APX dan mempunyai tujuh tempat duduk. Kenderaan SUV yang berprestasi dan berteknologi tinggi, membuatkan kumpulan sasaran pembeli kenderaan itu adalah dari golongan professional dan elit.

proton suv baru

Pada masa yang sama, Proton SUV dijangkan akan menumpukan enam ciri iaitu gaya, prestasi enjin, teknologi, pemanduan dan pengendalian, kualiti serta keselesaan perjalanan yang pastinya akan menarik minat ahli perniagaan, pemimpin korporat dan selebriti untuk mendapatkannya.

Namun, jika dilihat pada reka bentuk kenderaan ini, ia mirip kepada kenderaan SUV yang sedang berada di pasaran seperti S Porche Cayenne, BMW X6 35i dan Nissan Murano.

p/s:-Kalau betul ini rekaan sebenar proton SUV memang win la…sila LIKE Kalau korang rase rekabentuk proton SUV ni cool dan cantik….

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

2 Comments to “Gambar Proton SUV Yang Bakal Dilancar?”

  1. pamela says:

    kalau suv ini ada in malaysia,saya harap enjinnya menggunakan kuasa diesel 2.0 atau 3.0L

  2. aza says:

    Proton should put in 2.0 engine not Turbochaged 1.6 ..not likee a real one.Image 2.0 is very important..power train

Leave your comment here: