Video Polis Pukul Pekerja Hotel Guna Pistol Kerana Aiskrim? | NescafeAis.Com


.

Video Polis Pukul Pekerja Hotel Guna Pistol Kerana Aiskrim?

July 19th, 2012 3 Comments .
.

polis kl

Video seorang inspektor polis didakwa telah memukul dua pekerja hotel dengan buntut pistol selepas bertengkar dengan salah seorang pekerja di sebuah hotel di Seremban semalam.Kejadian itu dirakam oleh CCTV hotel tersebut.

Pihak pengurusannya telah menyerahkan video itu kepada Ahli Parlimen DAP Rasah, Anthony Loke, yang kemudian memuat-naik video itu dan berkongsinya di laman Facebook beliau.

Menurut Loke, inspektor tersebut telah pergi ke hotel berkenaan pada awal pagi semalam dan menginap di sebuah bilik sebelum membeli ais krim dari hotel tersebut.

Dipercayai inspektor tersebut terbabit berrtengkar dengan salah seorang pekerja hotel (yang memakai topi dalam video) mengenai harga ais krim, yang seterusnya membawa kepada kejadian tersebut.

Loke memberitahu Malaysiakini bahawa inspektor tersebut telah memukul pekerja berkenaan dengan buntut pistol dan menariknya ke sebelah lain hotel dan dipukul lagi.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Seremban Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan bahawa polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu.-Malaysiakini

Part 1

 

Part 2

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

3 Comments to “Video Polis Pukul Pekerja Hotel Guna Pistol Kerana Aiskrim?”

  1. lateh says:

    tuuudiaaaa… polis tu la ni mesti goyang lutut…… nak tunjuk langsi,,,,, keja hilang apa pun tak dak…. repot jgn tk report…. pas ni keja sekurity guard la dia,,,,

  2. […] Dipercayai inspektor tersebut terbabit berrtengkar dengan salah seorang pekerja hotel (yang memakai topi dalam video) mengenai harga ais krim, yang seterusnya membawa kepada kejadian tersebut. Video boleh ditonton di sini:-Video Polis Pukul Pekerja Hotel Guna Pistol Kerana Aiskrim? […]

  3. Dr Osman Bakar says:

    Video ini superimposed…..utk mengaibkan PDRM oleh pihak pembangkang

Leave your comment here: