Polis Mengamuk Pukul Pekerja Hotel Di Seremban 2 Sudah Ditahan | NescafeAis.Com


.

Polis Mengamuk Pukul Pekerja Hotel Di Seremban 2 Sudah Ditahan

July 19th, 2012 1 Comment .
.

mengamuk

Polis sedang menyiasat tindakan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang menyerang dua pekerja hotel serta merosakkan beberapa kenderaan di Seremban 2, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 2.50 pagi itu, lelaki berusia 32 tahun berkenaan dikatakan pada mulanya bertikam lidah dengan dua pekerja di kaunter lobi hotel berkenaan akibat tidak berpuas hati atas sebab-sebab tertentu.

Akibat serangan itu, kedua-dua pekerja terbabit mengalami kecederaan. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

“Kita masih menyiasat dakwaan mengenai pegawai polis itu yang dikatakan turut merosakkan kenderaan di luar hotel. Punca dia bertindak demikian juga masih disiasat.

“Selain itu, kawad cam akan dilaksanakan dan ketika ini pegawai polis berkenaan ditahan untuk membantu siasa- tan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Saiful Azly bagaimanapun menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa pegawai polis terbabit berada di dalam pengaruh dadah atau alkohol ketika kejadian.

“Ujian urin dibuat menunjukkan pegawai polis berkenaan tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol. Kita menafikan dakwaan kononnya dia turut mencederakan seorang daripada mangsa dengan menggunakan pemegang pistol,” katanya.

Sementara itu, kejadian amuk berkenaan yang dirakam menerusi kamera rakaman litar tertutup (CCTV) oleh pihak hotel terbabit, turut dimuatkan dalam laman Youtube.

Video boleh ditonton di sini:-Video Polis Pukul Pekerja Hotel Guna Pistol Kerana Aiskrim?

P/S:-sila siasat segera..pegawai polis macam ni memang tak layak jadi polis..jenis binatang macam ni yang burukkan reputasi polis..

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

One Comment to “Polis Mengamuk Pukul Pekerja Hotel Di Seremban 2 Sudah Ditahan”

  1. malaysia says:

    http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tertekanmasalahkeluarga/Article/index_html

    “Melalui siasatan kita didapati pegawai ini memang ada permasalahan sedikit, masalah keluarga. Jadi mungkin disebabkan ‘stress’ menyebabkan dia mengamuk.

    “Saya difahamkan, dia ke hotel itu untuk berehat dan dalam keadaan stress (tekanan) saya difahamkan dia beli ais krim, tetapi dikatakan mahal yang menyebabkan dia mengamuk. Dalam keadaan ‘stress’, lepas itu orang charge (kenakan harga) mahal, dia mengamuklah.

    “Mungkin komunikasi antara dia dengan pekerja (hotel), mungkin pekerja itu berlaku kasar dengan dia. Perkara ini masih dalam siasatan kita,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini, semalam.

    funny~~~berapa byk MUNGKIN daaa….

Leave your comment here: