Piala Sudirman – Malaysia Vs Korea Selatan (Kita Kalah) | NescafeAis.Com


.

Piala Sudirman – Malaysia Vs Korea Selatan (Kita Kalah)

May 27th, 2011 1 Comment .
.

KUALA LUMPUR – Malaysia hampir mengejutkan Korea Selatan dengan menggabungkan semula bekas juara remaja dunia, Tan Boon Heong-Hoon Thien Howi, malangnya kejutan itu tidak cukup untuk membantu pasukan negara apabila tunduk 2-3 pada suku akhir badminton Piala Sudirman di Qingdao, China semalam.

Pemain-pemain negara bagaimanapun memberi tentangan hebat sebelum menyerah kalah, malah kemenangan 21-15, 14-21, 21-14 yang dicatat Boon Heong-Thien How ke atas beregu No. 2 dunia, Lee Yong Dae-Jung Jae Sung mencuri tumpuan di Pusat Sukan Qindao.

Malaysia terdahulu bermula dengan langkah kiri apabila kombinasi beregu campuran, Koo Kien Keat-Chin Eei Hui gagal mengutip mata sulung selepas tunduk 17-21, 17-21 kepada pasangan No. 8 dunia, Ko Sung Hyun-Ha Jung Eun.

Bagaimanapun jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan dengan menyamakan kedudukan 1-1 selepas membenam Park Sung Hwan 21-18, 21-14, sebelum Boon Heong-Thien How melakar kejutan mengutip mata kedua dalam beregu lelaki untuk kedudukan 2-1.

Ketika Malaysia hanya memerlukan satu mata daripada dua baki perlawanan untuk mara ke separuh akhir, baik Tee Jing Yi mahupun Wong Pei Tty-Chin Eei Hui gagal memenuhi pengharapan. Jing Yi nyata bukan lawan buat pemain No. 6 dunia, Bae Youn Joo apabila kalah 11-21, 11-21 untukKorea yang menyamakan kedudukan 2-2.

Ketika tumpuan terarah kepada perlawanan penentuan beregu wanita, Pei Tty-Chin Eei Hui gagal menghadiahkan kemenangan biarpun menang set pertama apabila tunduk 21-19, 16-21, 10-21 kepada Ha Jung Eun-Kim Min Jung.

Kekalahan ini menafikan hajat Malaysia untuk menyamai pencapaian terbaik melangkah ke separuh akhir di Guangzhou, dua tahun lalu. Sebaliknya, Korea kini menempah pertemuan dengan juara tujuh kali, China pada separuh akhir esok. China mara selepas menumpaskan India 3-1.

Ketika Kien Keat-Eei Hui bergelut untuk menyesuaikan diri, Boon Heong langsung tidak kekok apabila kembali digandingkan dengan pasangan lamanya ketika muncul juara remaja dunia pada 2004, Thien How.

“Kami sudah biasa berlatih bersama jadi tidak susah hendak menyesuaikan diri, kali terakhir kami bermain bersama adalah pada sirkit tempatan tahun lalu,” kata Boon Heong, yang mengakui kemenangan ini mengingatkan dia kepada final Kejohanan Remaja Dunia 2004, di mana dia menundukkan Yong Dae.UTUSAN

huhuhu…sedih,.susah nak dapat piala Sudirman ni, sebab ada beregu campuran dan beregu wanita..dan Malaysia memang tak ada beregu yang kuat untuk dua ketegori..

 

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

One Comment to “Piala Sudirman – Malaysia Vs Korea Selatan (Kita Kalah)”

  1. ayung says:

    yg penting, semangat kesukanan tuh masih ada..

Leave your comment here: