Perlantikan AC Mizal Sebagai Duta Pelancongan Perak Dipertikai | NescafeAis.Com

.
per0dua yahoo 1bulan 12/5/2013-12-06-2013
.
paksu yahoo 2 bulan 11/3/2013-11-05-2013
.
halimislam 1 bulan 7/7/2012-7-11-2012

Perlantikan AC Mizal Sebagai Duta Pelancongan Perak Dipertikai

January 28th, 2012 0 Comments
.

ac mizalduta pelancongan perak
 

Pelantikan selebriti popular, Datuk AC Mizal atau nama sebenarnya, Mizal Zaini sebagai duta pelancongan sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 mencetuskan kontroversi apabila artis berkenaan dianggap tidak layak dipilih berikutan bukan anak jati Perak.

Isu berkenaan timbul apabila ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempertikaikan pelantikan itu dengan alasan penyanyi, pelakon dan pengacara itu anak kelahiran Muar, Johor.

Mereka mendakwa pelantikan itu tidak munasabah berikutan masih ramai lagi artis anak jati Perak yang layak seperti penyanyi terkenal Jamal Abdillah, M Daud Kilau, Ahmad Shahir Zawawi (juara Akademi Fantasia musim ketujuh), Mamat Khalid (pengarah filem) serta tokoh kartunis terkenal seperti Datuk Mohammad Nor Khalid (Datuk Lat).

Setiausaha Dewan Pemuda Islam Perak, Salman Salleh, berkata pemilihan AC Mizal itu tidak sesuai kerana ramai lagi individu daripada negeri itu sendiri yang lebih berkelayakan.

“Pelantikan itu tidak disenangi rakyat Perak kerana ramai lagi individu terkenal dari negeri ini lebih layak dan mempunyai pengetahuan mendalam mengenai negeri kelahiran mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 1.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
Perlantikan AC Mizal Sebagai Duta Pelancongan Perak Dipertikai, 1.0 out of 10 based on 1 rating
.
 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Perlantikan AC Mizal Sebagai Duta Pelancongan Perak Dipertikai”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here:

hanif 19/12/2012-19-06-2013 yahoo.. 6 bulan
. hanif proton 3 bulan 9/5/2013-9-10-2013
.

RESPON TERKINI PEMBACA

ARKIB BLOG