Gambar Perkahwinan Fasha Sandha Dan Jejai | NescafeAis.Com


.

Gambar Perkahwinan Fasha Sandha Dan Jejai

April 28th, 2012 11 Comments .
.

Nur Fasha Sandha Hassan (Fasha Sandha) sah bergelar isteri kepada usahawan Rizal Ashram Ramli atau Jejai selepas dinikahkan di Hotel Crowne Plaza Mutiara..

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa kandung Fasha Sandha iaitu Hassan Umbichi Moideen kira-kira pada pukul 9.45 malam bersaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Sahirman Ahmad.

Rizal Ashram melafazkan nikah sebanyak dua kali. Majlis itu dihadiri kira-kira 250 tetamu yang terdiri daripada bapa Jejai iaitu bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib, ibu kandung Fasha Hatijah Tehman dan bapa tirinya, Mohd Faisal, kaum keluarga, teman-teman rapat, rakan artis dan wakil media.

 

Gambar Perkahwinan Fasha Sandha Dan Jejai

Fasha Sandha menerima mas kahwin sebanyak RM8888.88 dimana angka lapan adalah angka kegemaran suaminya.Namun Fasha Sandha enggan mendedahkan jumlah wang hantaran kepada umum.

Fasha menerima tujuh dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berupa beg tangan berjenama Louis Vuitton, senaskhah Al-Quran dan sejadah, sebentuk cincin, coklat, Samsung Galaxy Note, mas kahwin dan tepak sireh.

 Perkahwinan Fasha Sandha Dan Jejai

Sebagai balasan, Jejai pula menerima sembilan dulang hantaran iaitu sejadah, tepak sireh, sepasang kasut Salvatore Ferragamo, tali leher dan tali pinggang Louis Vuitton, sebuah buku motivasi, set penjagaan lelaki Dolce & Gabbana, coklat dan sebentuk cincin daripada pengantin perempuan.

Pada majlis berkenaan, Fasha tampil anggun mengenakan busana berona putih ungu rekaan Riezman Ruzaini dan dirias juru solek terkenal Saidatul Nisa.

Beberapa rakan artis turut menyerikan majlis seperti Maria Farida, Tomok, Didie Alias, Faradhiya, Nor Aliah Lee, Rebecca Nur Al Islam dan Nadia Mustafar. Majlis diacarakan oleh penyampai radio popular Linda Onn.

 Fasha Sandha Dan Jejai

Gambar Perkahwinan Fasha Sandha Dan Jejai 2

Gambar Perkahwinan Fasha Sandha Dan Jejai 3

deee

<< JANGAN LUPA KLIK BUTTIN DI BAWAH >>

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

11 Comments to “Gambar Perkahwinan Fasha Sandha Dan Jejai”

  1. baguslah dah berkahwin.tiada gosip lepas nie dah

  2. mulberry bush says:

    semoga kekal ke akhir hayat…

  3. kamar casyafillas says:

    Alhamdulilaah. Sesungguhnya ajal maut, jodoh pertemuan itu ditangan Allah s.w.t. Siapa kita untuk menentukan & mendoakan kemusnahan rumahtangga orang. Doa lah yang baik2, takut terkena diri sendiri karang.

  4. noname says:

    u tink u r so damn good or full wit agama or watsoever that u tink its fine to marry sm1′s husband. wat goes around comes around girl.ur not a woman or a lady cz they dont tink like d way u do.prob not now u kene balas,di akhirat always ada. nora danish might have moved on. bt d real thing is always there in her heart. but watever,semoga u bahagia sampai ke anak cucu.n doesnt mean ur an actress,dnt act as if u r so damn nice n inicent.

  5. kamar casyafillas says:

    Qada & qadar Allah taala tu. PHD tinggi sgt.. bahaya tu.. =)

  6. nora says:

    Tahniah dan semoga berkekalan. Usah ambil kisah sgt apa org mengecam kita. hanya kita yang mengetahui apa yang sebenarnya yang berlaku. Hairan ya…bila datuk CT kahwin Datuk K tak de plak jadi isu. pada hal situasi sama gak. Ambik laki org! apa beza ngan kes fasha sandha? Sebab dia bukan jenis pandai bertutur ‘lemah lembut’ cam Datuk CT?

  7. tsuhaini says:

    siapa kata dato ct kawin tak kena kecam…kat indon ramai gak org kecam apabila kawan karib ct tu krisdayanti kata sebenarnya ct dan bercinta dgn datuk k dibelakang Tengku Z…Ct tak berani declare sebab takut peminat lari…
    Kalau tak kena kecam kenapa tak ramai pun org nak tgk dia melambai, yg tak jadi naik kereta kuda pun takut kena baling lah….
    Yg penting, jgn bina kebahagiaan atas airmata org lain…sedikit sebyk akan terkesan juga di hati kita, apalagi hati org yg kita hancurkan rumahtangganya.

  8. x2 says:

    have u guys noticed there is no jejai’s mom in the picture…i don think his mom will give her blessing to jejai n fasha….to fasha..what goes around comes around..ur such a plastic….

  9. ros says:

    Tahniah buat Fasha dan Jejai. Pertemuan, jodoh dan maut ketentuan Allah. Siapalah kita sebagai manusia untuk mempertikaikannya. Semuga kebahagiaan mereka kekal ke akhir hayat.

  10. Keychain says:

    Sgttttttla sesuai mereka berdua!!!!

  11. noreen says:

    kan da tertulis dalam al quran,lelaki yg baik untuk perempuan yg baik.begitula yg sebaliknya yg akn terjadi.nora danish minta yg terbaik so pasti allah temukn dn berikn yg terbaik utknya.fasha n jejai ni u all tau la backgroud they all.hikmah dan manisnya rahsia stiap kejadian allah taala yg maha mengetahui..

Leave your comment here: