Kontroversi Perkahwinan Bawah Umur Shafiq Dan Yana | NescafeAis.Com


.

.

Kontroversi Perkahwinan Bawah Umur Shafiq Dan Yana

July 29th, 2012 0 Comments .
.

perkahwinan muda shafiq dan yana

Nampaknya video Perkahwinan Muda Shafiq dan Yana telah mendapat perhatian media, berikut Petikan Sinar Harian

Perkahwinan pasangan remaja yang dikenali sebagai Syafiq yang berumur 16, dan Yana, 14 tahun yang tersebar di laman blog serta video perkahwinan muda Shafiq dan Yana di YouTube mengundang kontroversi serta terus mendapat pelbagai reaksi masyarakat di negara ini. Sinar Harian sempat berkunjung ke rumah keluarga pengantin lelaki di Bandar Dara Chini, namun keluarganya bertegas tidak mahu ditemu bual ekoran tidak selesa dengan publisiti yang diperoleh secara mendadak.

Menurut sumber keluarga terdekat, video perkahwinan Shafiq dan Yana tersebut dimuat turun ke laman maya bertujuan untuk berkongsi saat bahagia pasangan terbabit dengan ahli keluarga yang tinggal berjauhan dan tidak sempat hadir pada hari perkahwinan tersebut.

Sinar Harian turut difahamkan bahawa pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada Februari lalu, namun kenduri bagi meraikan pasangan pengantin ini diadakan pada 8 Julai lalu.

Ibu pengantin lelaki yang ditemui turut mengakui bahawa dia sekeluarga memilih untuk berdiam diri walaupun ada reaksi negatif yang diterima daripada masyarakat mengenai perkahwinan anaknya.

Menurutnya, anak lelakinya akan meneruskan persekolahan pada tahun hadapan dan berharap agar orang ramai memahami situasi mereka yang merestui hubungan dan perkahwinan berkenaan.

Sementara itu, Kadi Daerah Pekan, Ahmad Nizam Abdul Manan yang dihubungi berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat berkaitan perkahwinan pasangan berkenaan.

Menurutnya, sebarang perkahwinan yang melibatkan pasangan atau salah seorang daripada pengantin di bawah umur seharusnya mendapatkan perintah kebenaran daripada pihak mahkamah sebelum ia dijalankan.

.
 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Kontroversi Perkahwinan Bawah Umur Shafiq Dan Yana”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here:

image004Bina Blog Bisnes Untuk Kembangkan Bisnes Anda di Internet! Murah & Cepat. Sila Klik Sini!
image004Dapatkan Produk Intimasi Suami Isteri Untuk Kebahagian Rumahtangga Anda! Sila Klik Sini!