Perakam Video Youtube Tampil Cerita Pergaduhan Di KFC | NescafeAis.Com


.

Perakam Video Youtube Tampil Cerita Pergaduhan Di KFC

February 11th, 2012 0 Comments .
.

Pencetus utama isu KFC ni…aku pelik, pesal Malaysiakini asyik jumpa pihak yang di sebelah sini je…pihak yang disebelah sinun mana? (pekerja KFC)..sepatut kena dengar di kedua-dua belah pihak, baru adil..saksikan video temubual perakam Youtube Jess6366 dengan Malaysiakni di bawah:-

Individu di sebalik akaun Youtube Jess6366 yang memuat-naik dua video mengenai pekerja KFC i-City yang didakwa mengkasari seorang pelanggan, hari ini tampil mencerita kejadian tersebut.

Dia yang tidak mahu namanya disebut nama atau diambil gambarnya, berkata dia pada mulanya berada dalam barisan yang sama dengan mangsa kejadian itu, Danny Ng, ketika insiden itu berlaku.

“Pada kira-kira pukul 9.30 malam, saya ternampak satu lagi barisan yang tidak ramai orang, jadi saya beralih ke sana. Terdapat lima orang yang berdiri di hadapan saya, manakala di barisannya (Ng) terdapat kira-kira 10 orang.

“Apabila sampai giliran saya, jam sudah pukul 10.45 malam, manakala terdapat seorang pelanggan di hadapan Ng. Apabila sampai gilirannya, ayam sudah habis kerana saya adalah orang terakhir membeli semua ayam,” katanya dalam satu sidang akhbar di Klang hari ini.

Ng, dakwanya, yang marah kerana pengurus di situ tidak memberitahu pelanggan bahawa ayam sudah kehabisan, telah meninggikan suaranya terhadap pekerja di situ.

Bagaimanapun, dakwanya, selain daripada seorang pekerja memanggil Ng ‘babi’ dan memintanya buat ayam goreng sendiri, tidak ada perkataan kesat atau berbaur perkauman yang digunakan oleh mana-mana pihak.

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Perakam Video Youtube Tampil Cerita Pergaduhan Di KFC”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here: