Pengguna Internet Explorer Bodoh?? | NescafeAis.Com


.

.

Pengguna Internet Explorer Bodoh??

August 3rd, 2011 8 Comments .
.

internet explorer

Pengguna internet explorer bodoh???bukan aku cakap..tapi diorang ni cakap,baca petikan berita kat bawah..apepun,kepada yang tengah guna IE tu…paham2 la..baik korang tukar skang…hehehe.

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Satu kajian baharu mendapati para pengguna perisian Internet Explorer (IE) adalah bodoh kerana mereka memiliki purata tahap kecerdasan intelektual (IQ) cuma 80, lapor sebuah akhbar semalam.

Internet Explorer (IE) yang mula digunakan pada awal 1990-an merupakan sistem operasi komputer popular ciptaan firma Microsoft yang diterajui bilionair, Bill Gates.

Kajian tersebut dilakukan oleh firma perunding Kanada, AptiQuant yang menguji 101,326 orang berusia 16 tahun dan ke atas dari pelbagai negara termasuk AS, Kanada, Britain, Australia serta New Zealand.

Mereka diminta mengambil ujian IQ manakala sistem operasi dan lokasi komputer mereka direkodkan menerusi alamat protokol Internet (IP).

Kajian mendapati mereka yang menggunakan IE rata-ratanya hanya memiliki IQ cuma sekadar 80.

Menurut skala IQ, kepintaran manusia normal ialah 100 manakala angka 80 dan ke bawah menunjukkan seseorang itu mengalami terencat akal.

Kajian sama mendapati pengguna sistem operasi Firefox atau Google Chrome memiliki IQ melepasi tahap normal iaitu sekitar 110.

Pengguna sistem operasi Opera atau Camino dikategorikan sebagai paling bijak dengan tahap IQ sekitar 120.

Kajian tersebut merumuskan bahawa IE masih popular dalam kalangan jutaan pengguna kerana ia mudah dan seseorang itu tidak memerlukan IQ yang tinggi untuk menggunankannya.

P/s:-Mujur aku pakai Opera..hehehe…Sape pakai IE baik ngaku..

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

8 Comments to “Pengguna Internet Explorer Bodoh??”

  1. ayung says:

    hehe…alamekkkkkkkkk..
    tp kan, IE nih banyak website goment guna..
    kalau nak bukak, tuh yg pakai IE jerk..

  2. faryhyn says:

    hihihi aku gune google chrome…slmat… =p

  3. pandapino says:

    seb bek tak gune…

  4. Pisyek says:

    aku cek IQ test lebih kurang 120++ :D

  5. jeri says:

    hahaha..ptt nk loading web kerajaan lmbt jer…

  6. e-junior says:

    hahaha.. nseb aku da pangkah IE sejak azali.. IQ test aku 120… muahaha..

    p/s: IE ni, setahu aku, asalnye bukan dr Microsoft @ Bill Gates yg develop.. setahu aku la.. dan bukan aku yg ckp.. Windows Developer Microsoft yg gtaw (dlm buku die. x igt tajuk die).. die amek dr luar, pastu masukn dlm windows then update2, pai skrg ni.. tp aku terpikir gak, real developer mane? senyap je.. ke IE ni dibeli? lau Programmer tu, aku slh la..huhu..

Leave your comment here: