Pengakuan Farid Ismeth Mengenai Hubungannya Dengan Rosmah Mansor | NescafeAis.Com


.

.

Pengakuan Farid Ismeth Mengenai Hubungannya Dengan Rosmah Mansor

July 23rd, 2012 0 Comments .
.

zamzarina

saya tertekan dan malu..!!

itulah luahan rasa pak ngah apabila diajukan soalan benarkah. Farid ismeth emir atau lebih mesra dengan panggilan ‘pak ngah’ dikalangan rakan-rakan warga rtm akibat fitnah orang yang mengatakan beliau pernah berkahwin dengan orang kenamaan..

Zamzarina Zambri di dalam blognya zamzarinazambri.blogspot.com menyiarkan pengakuan hasil temubual beliau dengan Farid yang dipanggil dengan Pak Ngah apabila diajukan soalan berkaitan kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan seorang VVIP.

ikuti temubual eksklusif zamzarina zambri bersama farid ismeth yang telah dirakamkan secara amatur. tujuan zamzarina zambri mengadakan temubual ini agar pihak-pihak yang memfitnah Farid Ismeth dan Rosmah Mansor itu mendapat kebenarannya hari ini walaupun Farid Ismeth tak pernah bersuara tetapi inilah yang terbuku di hatinya selama ini..

Farid Ismeth Emir menjelaskan berhubung isu yang mengaitkan beliau dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Laporan lanjut klik blog ini zamzarinazambri.blogspot.com

 

Menurutnya, spekulasi itu (mengaitkan dirinya dengan Rosmah) membuatkan dirinya malu, tertekan dan memendam rasa terutamanya apabila berhadapan dengan orang ramai.

“Saya tertekan sejak isu ini dikaitkan dengan diri saya tapi saya terpaksa berdiam dan simpan semuanya.

“Bila saya menghadiri kenduri, ada saje orang yang akan berbisik- bisik melihat saya. Saya tahu perkara apa yangs sedang mereka bisikkan,” katanya ketika ditemubual oleh pengacara Radio Televisyen Malasysia (RTM), Zam Zarina.

Penjelasan beliau dilaporkan menerusi blog pengacara RTM itu, yang memaparkan video rakaman temubual bersama pembaca berita yang dikaitkan dengan Rosmah itu.

Menurut Farid Ismeth, beliau tidak pernah bersua muka dengan isteri perdana menteri itu dan keliru bagaimana cerita dirinya boleh dikaitkan.

“Saya tidak pernah berjumpa dengan beliau (Rosmah) secara peribadi dan saya mengakui yang saya hormatkan beliau sebagai seorang isteri perdana menteri.

“Saya hormat beliau dan saya sokong beliau kerana sifat intergritinya dan isu ini tidak boleh dijadikan mainan,” katanya.

Tambahnya, beliau bersyukur kerana memiliki isteri yang memahami dan tidak mudah melatah selepas berita ini tersebar.

“Isteri sangat memahami siapa saya, cuma anak- anak saya yang sering bertanya kepada saya adakah perkara itu betul atau tidak, dan saya akan menafikan perkara itu kerana ia memang tidak benar,” ujarnya.

.
 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Pengakuan Farid Ismeth Mengenai Hubungannya Dengan Rosmah Mansor”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here:

image004Bina Blog Bisnes Untuk Kembangkan Bisnes Anda di Internet! Murah & Cepat. Sila Klik Sini!
image004Dapatkan Produk Intimasi Suami Isteri Untuk Kebahagian Rumahtangga Anda! Sila Klik Sini!