Pelarasan Gaji – Penjawat Awam Terima Tunggakan Gaji Mac Atau April | NescafeAis.Com


.

Pelarasan Gaji – Penjawat Awam Terima Tunggakan Gaji Mac Atau April

March 8th, 2012 1 Comment .
.

PELARASAN GAJI BARU KAKITANGAN AWAM BERMULA JANUARI 2012 | Berikutan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pengembalian kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik para penjawat awam seluruh negara dijangka menerima bayaran tunggakan gaji pada bulan ini atau bulan depan .

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012.

Cara pembayaran tunggakan iaitu sama ada sekali gus atau berperingkat-peringkat, bagaimanapun perlu ditentukan oleh bahagian sumber manusia agensi masing-masing. Ini kerana gaji tersebut perlu dikira semula.

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

One Comment to “Pelarasan Gaji – Penjawat Awam Terima Tunggakan Gaji Mac Atau April”

  1. kamen rider says:

    kau pikirlah sendiri no komen buat masa sekarang..jadi tunggu dan lihat permainan politik zaman sekarang rakyat dah celik mata ..dah pandai mana yang baik dan yang buruk..so what else can we do just wait and see..

Leave your comment here: