Pekeliling SBPA/JPA Dan Bila Rang Undang-undang Bajet 2012 Diluluskan | NescafeAis.Com


.

Pekeliling SBPA/JPA Dan Bila Rang Undang-undang Bajet 2012 Diluluskan

October 16th, 2011 3 Comments .
.

parlimen

Banyak keyword yang datang ke sini bertujuan mencari berkenaan Pekeliling SBPA dan Pekeliling mengenai bajet 2012 yang lepas.berikut sedikit maklumat yang dihebahkan di portal JPA berkenaan pekeliling mengenai SBPA.

Make free IDD calls. Won’t that save u a bunch? Only if u hv MaxisHome

Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan mula dihebahkan di Portal JPA setelah Rang Undang-Undang Perbekalan Bagi Bajet 2012 diluluskan oleh Parlimen.

Mungkin ada yang tahu atau masih tidak tahu,sesuatu rang undang-undang hanya terpakai setelah diluluskan di Parlimen.Jadi bagi membolehkan JPA mengeluarkan pekeliling rasmi mengenai SBPA atau lain-lain pekeliling mereka perlu tunggu Rang Undang-Undang Perbekalan Bagi Bajet 2012 diluluskan oleh Parlimen terlebih dahulu.

Cherish your perfect mate with Coffeemate with a creative, romantic twist

Sedikit info ringkas Untuk Makluman

Nama rasmi kepada belanjawan/bajet adalah rang undang-undang perbekalan.Sebenarnya belanjawan merupakan satu undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan perlu kepada kelulusan ahli Yang Berhormat. Maka seandainya YB yang tidak menyokong lebih ramai berbanding yang menyokong semasa proses kelulusan, maka tidak terbekallah Malaysia untuk satu tahun! Semakin besar nilai perbelanjaan kerajaan juga boleh menggambarkan betapa besarnya kerajaan itu atau semakin banyak yang perlu ditanggung oleh kerajaan berbanding dengan perolehan kerajaan.

Sesuatu rang undang-undang itu boleh dikemukakan permulaannya di mana-mana dewan (biasanya bermula di Dewan Rakyat) dan kemudian di bawa ke Dewan Negara. Ada juga rang undang-undang yang bermula di Dewan Negara, dalam keadaan ini setelah melalui peringkat bacaan ketiga, rang undang-undang itu hendaklah dibawa ke Dewan Rakyat.

Menangi hadiah-hadiah yang cool seperti iPad 2 dan Samsung Galaxy Ace!

Rang Undang-undang Awam/Kerajaan (Public Bills) merupakan rang undang-undang yang paling kerap dan mustahak dikemukakan di Parlimen. Rang Undang-undang jenis ini ialah rang undang-undang yang melibatkan keseluruhan undang-undang yang berhubung dengan dasar awam dan ianya dikemukakan oleh kerajaan.

Sebelum diluluskan, sesuatu rang undang-undang itu mestilah melalui tahap-tahap berikut:

i. Bacaan Pertama:

Ia dilakukan secara formal, ringkas dan tidak ada apa-apa perdebatan dibenarkan;

ii. Bacaan Kedua:

Ia dilakukan sekiranya rang undang-undang telah dicetak dan diedarkan kepada ahli dewan. Rang undang-undang akan dibincangkan secara teliti di mana ahli-ahli dewan dibenarkan membahaskan rang Undang-undang tersebut dan mereka boleh menyokong atau membangkang rang undang undang berkenaan melalui undi;

iii. Peringkat Jawatan kuasa:

Sesudah dibahas rang undang-undang dirujuk kepada suatu jawatankuasa. Rang undang-undang akan dibaca dan dibahas secara lebih terperinci.Jawatan kuasa berkenaan berhak mengubahsuai dan meminda rang undang-undang jika perlu;

iv. Bacaan Ketiga:

Bacaan ketiga ini ringkas dan perdebatan hanyalah kepada beberapa kandungannya sahaja. Kemudian dilulus dan dibawa ke Dewan Negara.Apabila sesuatu rang undang-undang itu diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen ia hendaklah diserahkan kepada YDPA untuk diperkenankan dan dalam masa tempoh 30 hari YDPA baginda hendaklah memperkenankan rang undang-undang itu.Rang undang-undang yang diperkenankan oleh YDPA akan menjadi undang-undang yang dikenali sebagai Akta Parlimen. Undang-undang ini kemudiannya akan diwartakan untuk dikuatkuasakan.

Ok ini bermakna kita kena tunggu rang undang-undang bagi bajet 2012 ini diluluskan terlebih dahulu,.jadi harap bersabar..Blog ni akan update nanti jika pekeliling mengenai SBPA dah keluar..

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

3 Comments to “Pekeliling SBPA/JPA Dan Bila Rang Undang-undang Bajet 2012 Diluluskan”

  1. Isu Panas says:

    seminggu lepas memang naik mendadak web aku pun, semua keyword mengenai benda nie, habis bandwith-kena tambah lain..huhu~

  2. kamal says:

    assalamualaikum..
    heran aku..
    kalau nak naik harga barang,24 hours jer naik xpayah nak tunggu rang undang2 bahas pun..

  3. CMRatu says:

    page ni ja dah dpt PR2 jadi tumpang backlink.. hehe.. ramai btl yang cari tentang SBPA

Leave your comment here: