Pekeliling Baru Gaji SSM 2012 | KSN & KPPA Bakal Letak Jawatan? | NescafeAis.Com


.

Pekeliling Baru Gaji SSM 2012 | KSN & KPPA Bakal Letak Jawatan?

March 30th, 2012 2 Comments .
.

GAJI BARU SSM

<< PENGUMUMAN NEW UPDATE -  PEKELILING GAJI BARU SSM 2012 - SILA KLIK >>

PEKELILING BARU SSM DAN TUNGGAKAN GAJI  BARU DIBAYAR APRIL 2012? | Sehingga ke hari ini 30/3/2012 pekeliling baru bagi gaji ssm 2012 masih belum dikeluarkan lagi di laman web JPA . Namun, ada diantara kumpulan penjawat awam yang sudah pun mendapat pengiraan daripada AG, ini bermakna gaji SSM 2012 baru akan tetap dibayar pada bulan April berdasarkan laporan yang telah diberikan.

Berikut secara mudah gambaran untuk pengkiraan gaji baru SSM :-

  • Gaji SSM 2012 baru anda pada bulan April = (Gaji pokok semasa x 13%) + gaji pokok sekarang
  • Tunggakkan 3 bulan gaji Gaji pokok sekarang x 13% x 3 bulan (iaitu daripda bulan Januari – Mac)
  • KGT? Selagi pekeliling SSM baru belum dikeluarkan,yang nimkena tunggu pekeliling rasmi dulu.
  • Berkenaan COLA, AG sedang tunggu pekeliling SSM daripada JPA.

Berdasarkan maklumat yang diterima, gaji SSM 2012 baru pasti akan dibayar bermula bulan April ini berserta, berserta tunggakan 3 bulan seperti yang dijanjikan sebelum ini.

KSN & KPPA AKAN LETAK JAWATAN? 

KSN KSU LETAK JAWATAN

  • Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan
  • Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah

Pertubuhan Perkasa antara yang lantang mendesak Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan juga Ketua Pengarah Perkhidmataan Awam (KPPA) letak jawatan. Dan sekarang sudah kedengaran cakap-cakap yang mengatakan kedudukan kedua-dua kepimpinan tertinggi di dalam perkhidmatan awam agak goyah.

Kedua-duanya dikaitkan dengan kontroversi dalam menggubal skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetuskan bantahan banyak pihak sehingga akhirnya dibatalkan. SBPA yang diperkenalkan 1 Januari lalu mengundang kritikan terutama daripada Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mewakili 1.4 juta kakitangan awam di negara ini. Abu Bakar ketika pula tidak menafi atau mengesahkan spekulasi kedudukan perkhidmatan beliau.

Jika benar perlukah KSN & KPPA Letak Jawatan?Apa pandangan korang?

<<JANGAN LUPA KLIK BUTTON DI BAWAH >>

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

2 Comments to “Pekeliling Baru Gaji SSM 2012 | KSN & KPPA Bakal Letak Jawatan?”

  1. aku dah scepticlah.... says:

    okaylah dah kluar pekeliling pasal 13% tu, memang pun benda tu dah dijelaskan oleh PM dalam pengumuman awal mac yang lalu, tapi yang peliknyer skarang ssm dah takder sifir gaji tetap ker?

    contohnya dalam gred N17 ada lebih dari 20 tangga gaji dengan 3 peringkat yang berbeza, keadaan yang berlaku ialah dalam gred N17 itu sahaja ada lebih daripada 60 pergerakan gaji yang berbeza tetapi dalam tahun perkhidmatan yang sama, ringkasnya, p1t4 sahaja ada 12 amaun gaji yang berbeza, semakin tinggi tangga gaji semakin banyaklah kepelbagaian gaji yang ada….

    dan kalau ikutnya, p1t4 jika mendapat pergerakan gaji ke p1t5 tidak akan sama amaun gaji yang diterima oleh p1t5 sebelum 31 disember 2012, lebih kurang pelarasan gaji ni berbelit lah, unless kalau jpa akan keluarkan tangga gaji tetap yang boleh dirujuk oleh semua kakitangan…. hmmm…. bolehker? macam tak yakin jer….

  2. […] Akhirnya pekeliling gaji baru ssm 2012 telahpun keluar dan boleh di download. Anda klik pautan dibawah untuk download pekeliling gaji baru ssm 2012. […]

Leave your comment here: