Panduan Perjalanan Balik Raya | NescafeAis.Com


.

.

Panduan Perjalanan Balik Raya

August 25th, 2011 4 Comments .
.

pandu raya

Tak lama lagi kita semua umat islam akan menyambut Hari Raya.Jadi,mungkin dah ada yang mula bercuti dan tengah bersiap nak balik kampung . Sebagai panduan untuk yang memandu, berikut ada sedikit panduan untuk kita sama-sama praktikkan semasa kita memandu balik raya nanti….semoga semua dapat pulang beraya dengan selamat..AMIIN..

1. Ini perkara yang paling penting,malah sangat2 penting. Sebelum memulakan perjalanan, baca doa menaiki kenderaan dulu. Paling     tidak pun, Bismillah dahulu. Minta Allah permudahkan perjalanan kita, benda mudah,tapi ramai orang rase susah…

   2. Pemandu wajib berada dalam keadaan cukup cergas untuk memandu dalam keadaan yang mencabar. Mencabar bererti rohani dan jasmani harus bersedia dengan sebarang kebarangkalian menempuh kesesakan lalu lintas yang maha luar biasa. Leceh juga kalau mengantuk waktu-waktu macam ni.

   3. Untuk mengelakkan rasa mengantuk, ada eloknya juga orang yang duduk di sebelah pemandu adalah jenis Deejay Radio, banyak cakap. Boleh juga buat teman sembang.

   4. Kereta juga harus berada dalam cukup cergas. Bukan setakat servis tukar minyak pelincir sama penapis minyak. Periksa juga lain-lain kompenan seperti keadaan tayar dan juga brek pad. Tayar simpanan pun kena periksa sama, jangan dianaktirikan.

   5. Sebelum bertolak pulang ke kampung, pastikan tahap petrol berada pada tahap yang paling cemerlang. Buat isian petrol sebelum memasuki lebuhraya di kawasan yang berdekatan dengan rumah. Dah tentu dapat menjimatkan masa daripada nak kena beratur kalau mengisi petrol yang berhampiran dengan lebuhraya.

   6. Jangan lupa juga membuat isian semula kad Sentuh & Pergi [Touch N Go] awal-awal. Jangan dah nak masuk lebuhraya, baru terhegeh-hegeh nak buat isian semula di kaunter tol. Tahukah anda betapa ramainya umat sibuk beratur waktu itu. Nak lebih afdal, gunakan saja Tag Pintar [Smart Tag].

   7. Kalau yang jenis sukakan cara konvensional, pastikan anda menyediakan tiket tol dan duitnya sebelum menghampiri Plaza Tol. Ramai sangat yang suka bila dah sampai depan Kakak Plaza Tol baru terhegeh-hegeh nak cari tiket sama beg duit. Yang duduk beratur kat belakang nak membayar pun boleh tahan banyak keretanya.

   8. Kalau dah beratur panjang sewaktu berada di Plaza Tol, jangan nak mengada-ngada menukar lorong. Anda hanya akan menambah sesak dan menyakitkan hati serta perasaan pemandu-pemandu di belakang.

   9. Sewaktu memandu di lebuhraya, pastikan anda mematuhi had kelajuan kebangsaan. Kalau sesekali cecah 120 km/j kerana nak memotong kenderaan di hadapan, tak mengapa. Anda boleh dimaafkan.

  10. Sewaktu memandu dengan laju di lebuhraya, cuba perhatikan sama kenderaan di hadapan dan yang lebih hadapan. Mana tahu, tiba-tiba tertekan brek kecemasan, sempat jugalah anda nak menekan brek sama. Tidaklah nanti sibuk penumpang sebelah nak kena brek pakai mulut.

  11. Kalau anda jenis yang berduit lagi selepas Hari Raya nanti, silakan memotong kenderaan dengan menggunakan laluan kecemasan. Dengar kata, pihak penguatkuasa berpakaian preman bersepah waktu ni.

  12. Memandu laju di lebuhraya memerlukan konsentrasi yang amat tinggi. Jadi jangan cuba-cuba memandu gaya sebelah tangan sahaja pegang stereng. Gila. Sebastian Loeb pun tak pernah buat macam tu.

  13. Jikalau anda sedang memandu dengan had kelajuan kebangsaan dan berada di lorong paling kanan, mohon untuk beri laluan sekiranya ada kenderaan di belakang 8 batu lagi dah bagi lampu tinggi minta diberikan laluan. Jangan cuba jadi hero tak mahu beri laluan hanya kerana kenderaan tersebut dah mencapai had kelajuan kereta api laju.

  14. Tali pinggang keledar tu jangan dah nampak sekatan jalanraya baru terhegeh-hegeh nak pasang. Tapi kalau anda jenis yang suka tercampak ke luar tingkat hadapan, tak pakai pun tak mengapa.

  15. Bagi yang menggunakan Jalan Persekutuan, tahap keberhati-hatian amat-amat diperlukan. Diulangi, amat-amat diperlukan! Jalan Kuala Lipis-Merapoh tu memang selalu masuk carta kemalangan ngeri. Sekali kena, pasti masuk muka depan akhbar arus perdana.

  16. Tolong juga sedar diri dan sedar kemampuan kereta. Kalau setakat memandu Saga FLX, bubuh pula rim sukan bersaiz sampai berbelas-belas inci, penumpang mengalahkan MPV jangan cuba pasang niat untuk memotong bas bersaiz dua tingkat di hadapan. Kalau dah bertembung dengan kenderaan di hadapan, nak ingat Wad Kecemasan pun tiada gunanya lagi.

  17. Mana-mana kenderaan yang dah nak sampai kampung, sewaktu nak keluar masuk simpang, dengan rasa rendah diri saya memohon agar janganlah diacah-acah kepala kereta anda seperti hendak ke tak hendak keluar simpang. Kalau kenderaan lain masih lagi berada pada laluannya, berikan sahaja kerana anda yang harus mengalah. Jangan ikut amalan nak keluar simpang tapi kepala kereta terjulur keluar sampai makan setengah jalan.

  18. Ada orang berkata, sewaktu memandu tu ingatlah yang tersayang. Sesekali tu, ingatlah sama insan yang ada tak berapa nak sayang, Doktor sama pemandu Ambulan misalannya.

  19. Dalam kereta pastikan sekurangnya ada sebotol air mineral, bimbang kalau-kalau suhu enjin kereta mendadak naik tahap kepanasannya di kala menempuh jem yang menggila.

  20. Kalau semua perkara yang di atas anda semua dan amalkan tetapi masih juga mengalami sebarang kecelakaan, anggap sahaja ianya takdir dariNya. Yang penting kena Redha.

Semoga semuanya selamat dalam perjalanan. SELAMAT PULANG KE KAMPUNG DENGAN SELAMAT.

.
 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

4 Comments to “Panduan Perjalanan Balik Raya”

  1. ayung says:

    hati2 drive nes….:)

  2. CMRatu says:

    fuh panjang lebar, panduan lengkap..

Leave your comment here:

image004Bina Blog Bisnes Untuk Kembangkan Bisnes Anda di Internet! Murah & Cepat. Sila Klik Sini!
image004Dapatkan Produk Intimasi Suami Isteri Untuk Kebahagian Rumahtangga Anda! Sila Klik Sini!