Panas:Kelab Taat Suami Lancar Kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” | NescafeAis.Com


.

.

Panas:Kelab Taat Suami Lancar Kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam”

January 25th, 2012 0 Comments .
.

Korang pernah dengar Kelab Taat Suami?

Sedikit latar belakang mereka.

Kelab ini mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini.Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam.

Kelab pertama dilancarkan di Jordan. Kini kelab tu dah ada di Malaysia dan Indonesia.Khabarnya organisasi syarikat itu merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Untuk pengetahuan anda, masa lancar saja, kelab ni dah mula buat kontroversi.

Apa tidaknya, awal-awal lagi Naib Presidennya, Dr Rohaya Mohamed mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’.

pelacur

Katanya, seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya.

Tak cukup dengan kontroversi itu, mereka menerbitkan pula buku panduan seks bertajuk  “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia.”

Namun Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku panduan seks itu.

Penerbitan buku tersebut yang dikatakan panduan kepada ahli kelab itu dan mereka yang sudah berkahwin, antara lain menceritakan mengenai hubungan suami isteri secara roh di mana suami boleh melakukannya serentak dengan semua isteri.

Buku setebal 115 muka surat itu yang dihasilkan Hatijah Aam atau Ummu Jah, yang juga isteri kepada pemimpin bekas pemimpin Al-Arqam, Asaari Muhammad turut mendakwa ketika dunia menyangka Asaari atau Abuya sudah meninggal dunia, pengikutnya kini bangkit memperjuangkan seks Islam.

Dan paling terbaru, Kelab Taat Suami melancarkan kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.

Kempen selama 12 hari itu (bermula hari ini), adalah untuk meraikan kelahiran  Nabi Muhammad pada 5 Februari depan atau 12 Rabiul Awal mengikut kalendar Islam.

Menurut presidennya, Fauziah Ariffin, kempen itu diadakan bagi mengajak umat Islam terutamanya pasangan suami isteri untuk mengamalkan kehidupan Rasulullah.

Beliau berkata ramai “umat Islam sudah terlalu jauh dengan Rasulullah.”

“Sudah tentu ikutan (Rasulullah) menjadi panduan dan ia termasuk aspek ibadah keluarga bahkan termasuk dalam kehidupan seks. Tentu bila sebut tentang hal seks suci ramai yang terlupa tentang hal yang terangkum dalam hal suami isteri, sesuatu yang kita lakukan hari-hari.

“Dalam kehidupan biasa ia bukan sesuatu yang kontroversi tapi kita sudah terlalu jauh dengan Rasulullah, jadi kita mahu mengajak umat Islam mendokong melaksanakan kehidupan Islam yang sebenar tambahan kalau kita lihat banyak gejala tidak sihat yang berlaku sekarang,” katanya pada sidang media selepas pelancaran kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” di Pusat Perdagangan Pelangi, Damansara di sini.

Jelas Fauziah dalam The Malaysian Insider, sekiranya umat Islam melaksanakan kehidupan dengan berlandasakan prinsip Islam segala gejala homoseksual dapat dielakkan.

“Kalau kita lihat sekarang secara terang-terangan lelaki berkahwin sesama lelaki dan wanita berkahwin sesama wanita,” jawabnya.

Terlebih dahulu dalam ucapan perasmiannya, Fauziah berkata Islam membenarkan hubungan seks dilakukan namun ia mesti “seks suci” antara suami isteri.

“Seks dibenarkan asal ada batasnya, bukan seperti gay yang memaparkan seks yang tidak sepatutnya dan melanggar batas norma, juga tidak melakukan seks bebas yang melanggar perintah Tuhan.

“Kami berasa tanggungjawab untuk mengajak umat Islam melaksanakan kehidupan Islam, suami adalah pemimpin dan isteri adalah pengikut tapi nampaknya umat kita sudah gagal,” katanya.

Kalau gelarkan Rasulullah sebagai tokoh seks seolah-oleh meletakkan Rasulullah di tempat yang tidak selayaknya, perkahwinan bukan semata-mata kerana seks

P/S:-Aku rase kelab ni di tubuhkan oleh dalam kepala dia hanya seks..giler sangap..\

JUGA BACA NI:-

-Kempen ‘Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam’ Rendahkan Martabat Nabi Muhammad,- Muslimat PAS

-“Kelab Taat Suami semakin dapat sambutan selepas buku seks diharamkan,” kata presiden

Sumber:-MyNewsHub

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Panas:Kelab Taat Suami Lancar Kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam””

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here: