Osman Kering Sah Meninggal 29 jun 2012 | NescafeAis.Com


.

.

Osman Kering Sah Meninggal 29 jun 2012

June 29th, 2012 0 Comments .
.

gambar-osman-kering-meninggal-dunia

Pada 12 Jun lalu, berita palsu tentang kematian Osman Kering telah kecoh di laman sosial Facebook dan Twitter. Ramai sekali mereka di Twitter dan Facebook telah mengemas kini status mereka dengan berita kehilangan pelawak ini.

Namun, pada hari ini tanggal 29 Jun 2012, berita ini betul-betul telah berlaku di dunia realiti. Berdasarkan dengan twitter Zed Zaidi yang telah menerima khabar menyedihkan ini dari isteri Osman Kering sendiri pada jam 4 petang tadi. Arwah didapati meninggal dunia lebih kurang 3.45 petang tadi. Jenazah di HUKM & akan dibawa ke Masjid Najihin Cheras untuk disembahyangkan.

Al-Fatihah buat Allahyarham Osman Kering. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah. Amin.

Osman Kering Meninggal Dunia

Osman Kering telah dirawat di Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana dijangkiti penyakit batuk kering dan sesak nafas dan keadaannya bertambah teruk sejak tiga minggu lalu.

Pelakon dan pelawak, Osman Kassim atau Osman Kering, 58 tahun, meninggal dunia kira-kira jam 3.45 petang, hari ini selepas koma di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), sejak 10 Jun lalu.

Anaknya, Norain, 25, berkata doktor mengesahkan bapanya meninggal dunia selepas mendapati otak dan pernafasannya gagal berfungsi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi tujuh anak serta balunya, Nor Hayati Che Omar, 48.

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “Osman Kering Sah Meninggal 29 jun 2012”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here: