(Update) Osman Kering Belum Meninggal Cuma Kritikal | NescafeAis.Com


.

(Update) Osman Kering Belum Meninggal Cuma Kritikal

June 11th, 2012 0 Comments .
.

osman kering
UPDATE(11:55PM) Isteri Osman Kering,Puan Che Norhayati Che Omar,48 mengakui akibat berada di’dalam keadaan panik, anak perempuan mereka, Eiby, 16 tersilap membuat kenyataan kepada pihak media tentang status kesihatan ayahnya.

Jadi kita tidak boleh salahkan sesiapa dalam situasi begini. Anda boleh melihat kenyataan dari isterinya itu di Melodi TV3 Ahad, 17 Jun 2012 nanti sebagai bukti.

Dalam pada itu,keadaan Osman Kering masih kritikal akibat paru-paru bocor dan darah yg tersumbat & kini bergantung pada life support machine. Mari kita doakan agar semua selamat.

11/6/2012 – Sebentar tadi Blog hiburan Rotikaya mengesahkan bahawa pelawak juga pelakon veteran Osman Kering dikatakan sudah meninggal dunia awal malam tadi.

Namun update terkini di Blog hiburan tersebut memaklumkan anak perempuan Osman Kering mengatakan bapa beliau Osman Kering kini hanya kritikal di HUKM.Harap orang ramai tidak tersalah anggap oleh kekeliruan yang ditimbulkan oleh sesetengah blog yang terang-terang menyatakan Osman Kering meninggal dunia. Semasa di rumahnya, nadi Osman Kering telah tiada namun berjaya diadakan kembali apabila dibawa ke HUKM.

Zed Zaidi sendiri mengesahkan yang Osman Kering kini berada di dalam kritikal di ICU HUKM dan bukannya sudah meninggal dunia seperti yang diperkatakan ramai orang.

zed zaidi

Jadi maklumat awal yang datang daripada anak lelaki Osman Kering yang mengatakan bahawa osman kering meninggal hanya salah faham. Sama-sama kita doakan agar keadaan Osman Kering akan bertambah baik dan umurnya dipanjangkan.

 

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

No Comment to “(Update) Osman Kering Belum Meninggal Cuma Kritikal”

  1. No Comment yet. Be the first to comment...

Leave your comment here: