Nurul Halimin Isteri Kedua Sham Kamikaze? | NescafeAis.Com


.

Nurul Halimin Isteri Kedua Sham Kamikaze?

April 13th, 2012 5 Comments .
.

Nurul Halimin Md Salleh wanita yang dikatakan menjadi isteri kedua Sham Kamikaze enggan mengulas khabar angin mengenai perkahwinan mereka.

Nurul Halimin membuat kenyataan itu melalui adiknya iaitu Maulana yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia kelapan (AF8). Sementara itu Maulana yang turut ditanya berhubung hal tersebut juga enggan mencampuri urusan kakaknya tetapi meminta pihak media bertanya sendiri kepada Sham ataupun rakan-rakan terdekat pemuzik itu.

 


Sham kamikaze bersama isteri pertamanya, Farazila

Pada Januari lalu, Sham menjadi tumpuan ramai apabila dia yang kini merupakan seorang pendakwah dikatakan sudah beristeri dua.  Sham kemiduannya tampil dan menafikan status berkenaan dan meluahkan rasa kecewa dengan gosip yang melanda itu.

Bagaimanapun pada Khamis, sebuah blog hiburan rotikaya mendedahkan wajah isteri baru Sham yang merupakan seorang janda dan yang antara lain mendedahkan pasangan tersebut telah berkahwin pada 16 Januari lalu.

Menurut Rotikaya lagi, perkahwinan Sham dan Nurul Halimin masih lagi belum diketahui oleh isteri pertama lelaki tersebut menyebabkan dia mengambil keputusan untuk merahsiakannya terlebih dahulu.

Sham yang merupakan bekas anggota Kamikaze tidak lagi aktif di dunia hiburan selepas membuat keputusan untuk berhijrah sebagai pendakwah bebas bersama isterinya, Farazila pada tahun lalu.

sementara itu, keluarga Nurul Halimin terkilan apabila Sham masih enggan mengakui dia sudah bernikah dengan wanita berkenaan. Sumber terdekat keluarga tersebut berkata Sham yang kini bergelar pendakwah bebas bersikap tidak jujur kerana sehingga kini masih menafikan pernikahan mereka yang telah berlangsung pada 16 Januari lalu.

“Memang benar Sham dan Halimin sudah bernikah tetapi kenapa dia masih lagi menafikan hal tersebut?

“Bukankah perkahwinan itu satu berita yang perlu diberitahu kepada umum agar ia tidak menimbulkan fitnah?

“Keluarga Halimin sedih apabila dia bersikap sedemikian sedangkan dia seorang pendakwah. Bukan itu caranya dia mengendalikan masalah,” katanya.

Tambah sumber itu lagi, sikap Sham yang tidak bercakap benar itu membuatkan Halimin tertekan dan terasa seperti diabaikan kerana menyembunyikan status perkahwinan mereka.

“Sebelum berkahwin, macam-macam janji yang dia katakan kononya ingin menjelaskan perkahwinan itu kepada isteri pertamanya, Farazila, tetapi sehingga kini wanita itu belum diberitahu lagi,” ujarnya.

Sementara itu, Sham yang membuat kenyataan menerusi laman Facebook miliknya malam Khamis masih lagi menafikan perkahwinan keduanya itu dan meminta semua pihak menghentikan fitnah mengenainya.

“Tolong faham saya ada keluarga yang begitu terguris dan berkecil hati dengan fitnah yang berulangkali dipaparkan tanpa rasa bersalah.

“Bagaimana agaknya perasaan anda sekiranya hal itu berlaku kepada keluarga anda?” Katanya.

p/s:-Kalau mampu nak isteri empat pun takda salahnya kan?…tapi isteri kena izinkanla..kalau tak……hehehe

<< JANGAN LUPA KLIK BUTTON DI BAWAH >>

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

5 Comments to “Nurul Halimin Isteri Kedua Sham Kamikaze?”

  1. edry says:

    org yg sembang agama pandai, kerja dia tak lain, kawin ramai dan suka mengata dan jatuh hukum kat org jerr

  2. Akulah.com says:

    comel2.. haha… untunglah

  3. […] nescafeais 0 Comments . . . Satu berita yang agak mengejutkan hari ini,Farazila, isteri  Sham Kamikaze telah memfailkan penceraian pada 30 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah […]

  4. […] penceraian antara pendakwa bebas, Sham Kamikaze dan isterinya, Farazila Abdul Jabar, menjadi topik perbualan panas terutama kepada peminat yang […]

  5. jemi says:

    sabor je fara…eden kan ada.

Leave your comment here: