Gambar Nombor Plat WWW 1 Dipasang Pada Proton Satria Neo? | NescafeAis.Com


.

Gambar Nombor Plat WWW 1 Dipasang Pada Proton Satria Neo?

June 9th, 2012 12 Comments .
.

www1

Nombor plat WWW1 yang menjadi kontroversi baru-baru ini yang dimiliki oleh Sultan Johor yang dibida pada harga RM520,000.

Mesti ramai yang tertanya-tanya mengenai kereta kenderaan apakah yang akan menggunakan nombor plat WWW1, iaitu nombor plat paling mahal ini. Ini berikutan Sultan Johor memiliki banyak koleksi kereta-kereta mewah termasuk supercar termahal di dunia.

Menurut sumber, Teka-teki mengenai kereta manakah yang bakal menggunakan nombor plat termahal itu akhirnya terjawab apabila ia dilihat terpasang pada sebuah kereta buatan Malaysia, Proton Satria Neo!!!..ya diulang Nombor plat WWW1 dipasang pada satria neo !!!..bayangkan,harga no plat boleh beli kira-kira 10 Proton satria Neo -

P/S;-BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA -

ss

 

TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH DAN JANGAN LUPA SHARE:

12 Comments to “Gambar Nombor Plat WWW 1 Dipasang Pada Proton Satria Neo?”

  1. Kerabat Diraja Terengganu says:

    Ape pun alasan… Jawapannya tetap MEMBAZIR! Membazir itu saudara syaitan..

    Wallahualam.

  2. anon says:

    betul tu…apapun alasannya..nabi tak suka pembaziran..korang nak dengar cakap NABI ke cakap SULTAN?

  3. Kerabat Di Raja Kedah says:

    Syukur masih ada rakyat Malaysia yang celik mata.
    Aku lebih sayang dan respek Sultan yang berhati rakyat dan merendah diri drpd sultan yang menunjuk-nunjuk.

  4. nelopa says:

    sultan ade duit banyak…dah lebih sangat ..extra bantu rakyat pun terlebih2..apetah lagi bantu anak miskin..suka ati sultan la nak beli ape..korang bising2 kata membazir tu mmg perfect sangat…silap2 korang ade duit bukan beli no plat..sibuk joli sakan kat golok tu…porahhh….citer membazir amalan syaitan la ape la..sembahyang cukup waktu ke?

  5. nur aina says:

    anon 7.48pm & kerabat diraja kedah.. pertama skali bile kau kata nk dgr kata nabi atau sultan? ak nk tnya kau balik, kau sendiri dah menyumbang?kalo kau pakai kereta, duduk rumah batu, ank bini kau pon kau belikan mcm2, beli rokok, brg elektrik bla bla.. pastu setakat kau sedekah ade la dlm RM1-2 kau tak payah bnyak bunyik! Meh ak ajar perkara yang simple.. gaji kau kalau RM1,000 dan kau byr RM10 utuk duit rokok kau.. tu pembaziran..malah tahap bangang.. kalo pon ko tak merokok, ko fikir ape brg yg penah kau beli utk diri kau, itu pembaziranla! Kalau kau kate itu hak kau sbb dr gaji kau, kerja keras kau pastu kau pon dah cukup byr zakat dan penuhkan keperluan keluarga kau, mcm tu juga Sultan Johor. Meh ak terangkan lagi, sultan johor takkan gaji RM1,000 mcm kau. Tmbah2 plak die memang de bisnes n ladang2.. duit elaun die pon die dah tak pandang..terlalu banyak sumbangan baginda..so duit elaun baginda termasuk dlm gaji hasil kerja baginda disalurkan trus ke yayasan rakyat johor. Kalo ko kata baginda tak berhati rakyat dan suke menunjuk2..baginda takkan perabih masa keliling johor bawk beras, duit & mcm2 lagi utk di agih pada rakyat..siapa yg menunjuk2? tak penah ak nmpak kenyataan baginda kata baginda bangga menang bid. sapa yg paparkan senarai pemenang dan siapa plak yg bacul mulut kalo tak si Nizar lahanat.Kau belom faham soal raja2 melayu..Rakyat berhak menjatuhkan sultan yg kejam dan tidak berperikemanusiaan.. tetapi jika kau berniat menjatuhkan sultan yg telah bnyak berbakti kepada rakyat, kau zalim, kawan. Sultan tentulah takkan bantu rakyat keseluruhannya.. Baik sultan tumpukan pada org yg fakir, naif dan betul2 memalukan drpada dia tolong org2 hati busuk mcm kau yg dengki ngan kekayaan baginda sedangkan kau malas berusaha tulang empat kerat kau tu..Bahkan Allah swt juga tak suka org yg iri, pemalas usaha hanya rajin menabur fitnah wasangka selain sift pengahsut kau itu..Ak nmpak sape mulakan dulu..cube kalo org lain bid tak bunyik plak kau.. Jd tnye diri kau dua ekor, kau dah sumbang pada rakyat belom? sbb kau pon bertanggung jawap walaupon kau rakyat..sbb kau bukan org naif siap blh berinternet lg.. Selain tu STOP jd ulama wannabe hingga menyulitkan agam Islam itu sendiri dan menyebabkan Islam dipandang serong hanya disebabkan org2 yg gemar guna hujah Al-Quran & Hadis ..perbetulkan hidup kau dulu kawan..sblum meletakkan hukuman Allah SWT pada org lain.. sumbangan kau belom tentu setara ngn sultan yg kau kutuk..banyk org yg ingin kembali ke ajaran Islam putus asa disebabkan bnyk ustaz n ustazah wannabe.. bukan membimbing dengan cara baik dan berhemah, tp mendabik dada akan pengetahuan masing2, kemudian menghukum membuta tuli..sepatutnya kau diamkan diri dan mendoakan terbaik..jd adakah perangai mcm kau mengikut sunnah Rasullullah?Fikir sendiri.. jgn campur aduk Agama dan ketidakpuasan hati kau..berlapang dadalah..

  6. Kerabat Di Raja Kedah says:

    Nur aina

    Terus terang aku tak baca ayat2 ko yang panjang berjela itu TETAPI aku nak tanya 1 soalan sahaja:

    Andai kata Rasulullah S.A.W masih hidup ketika ini, adakah Beliau akan GEMBIRA atau SEDIH apabila mendengar sultan membazirkan duitnya membeli WWW1?

    p/s: Agama adalah kehidupan, jadi WAJIB untuk mencampur adukkan agama dalam setiap benda. TEPUK DADA TANYA IMAN

  7. Dari anon untuk Nur anis says:

    Nur Aina:-Kalau agama ikut cara kau..punah Agama Islam yang suci ni…MEMBAZIR AMALAN SYAITAN…

    “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”[Surah al-Israa : 27]

    cukup kat situ..tak payah kau nak keluarkan pulak tafsiran-tafsiran mengikut kepala kau sebab seseorang tu banyak duit atau dia sultan…

    kau pulak tak perlu nak jadi USTAZAH BUTA..yang kononya tahu pasal islam..tapi kau buta dengan apa yang berlaku di sekeliling kau..bila sesuatu tu kena pada diri kau atau orang yang kau sokong, kau jadi buta..dan mula keluarkan tafsiran-tafsiran yang berbeza mengikut fahaman kau…..ISLAM ITU SUCI..

    SOALAN AKU MUDAH..KAU NAK DENGAR CAKAP SULTAN ATAU CAKAP NABI????

    Aku ambil petikan kerabat diraja kedah:-Agama adalah kehidupan, jadi WAJIB untuk mencampur adukkan agama dalam setiap benda. TEPUK DADA TANYA IMAN

  8. Jamilah tawil says:

    Klu ikut sunah, raja atau sultan perlu dletakkan tempat yg lbh baik dr rakyatnya. Kerana dia adalah ketua. Jd perlukah dia ambil wudhu dgn selipar jepun dr kedai rm2 mcm rakyatnya?

  9. vee avi says:

    pokok pangkalnya…jangan membazir…ada duit lebih..eloklah di derma untuk kebaikan rakyat atau kemudahan rakyat dari segi pembangunan,taraf hidup dan pendidikan..di johor masih ada yang kurang berkemampuan..khususnya pendidikan anak2..tempat beribadah perlu diperbaiki juga..itu lebih mulia untuk dilakukan..

  10. rakyatJOHOR says:

    andai kata korang sultan,, agak agaknya korang mesti melebih lebih dr Tuanku,,silap silap lebih teruk,, sbb tu korang x ditakdirkn jd sultan,, jd xpayah la nk berjela jela judge org laen,, rakyat johor xckp ape pon,, betul kata sultan, korang yg ngutuk ngutuk ni da mintak maaf dgn rakyat johor lom?????

  11. abdullah says:

    even sultan sekali pun, baginda tetap manusia yang punya kehendak dan keinginan…setiap org tak sama citarasa… andai ada kemampuan, tak salah berbelanja…duit yang dibelanjakan baginda masuk poket kerajaan…kerajaan pakai duit tu untuk pembangunan dan sebagainya…bukan kah begitu lebih elok? tak yah duk mengata org laen…betulkan diri kita dulu… kita sendiri kadang2 beli juga benda yang tak berguna…kemudian hari baru menyesal…jgn nampak kesalahan org laen dulu…sebaeknya kita betulkan diri kita dulu… letakkan lah diri kita pada tahap tiada orang lebih buruk dan lebih hina daripada kita…itu pesan guru saya kepada saya… kadang2 kita kalah dalam melawan hawa nafsu… sebelum mengundurkan diri, saya tinggalkan sepotong hadis dari riwayat baihaqi…semoga sama2 kita berjaya dunia dan akhirat…
    Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
    Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, “Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? ” Baginda berkata, “Peperangan melawan hawa nafsu.” (Riwayat Al Baihaqi)

  12. […] plat mahalnya pada Pagani Zonda..dan sultan Johor pulak hanya letak nombor termahal di malaysia WWW1 pada Satria Neo […]

Leave your comment here: